MARii bawakan Mobiliti Masa Hadapan di Putrajaya LIFT Festival 2019

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi acara Putrajaya LIFT Festival 2019 yang berlangsung pada hujung minggu lalu, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) mengambil kesempatan membawakan jerayawara yang bertemakan Mobiliti Masa Hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pameran Mobiliti Masa Hadapan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada umum terhadap teknologi masa hadapan, serta memfokuskan kepada beberapa aspek di dalam Mobility-as-a-Service (MaaS) yang berkaitan dengan Teknologi Kewangan (Fintech) seperti:

  • Konsep Perkongsian Kenderaan 
  • Sistem Pengangkutan Multimodal (sistem pengangkutan autonomi)
  • E-Pembayaran (pembayaran pintar)
  • Kehidupan Terhubung (E-Kesihatan, E-Pembelajaran)
  • Telematik (Pengurusan trafik masa nyata, kenderaan terhubung)

 


Menurut Dato' Madani Sahari, CEO MARii berkata, "melihatkan kepada pasaran dunia yang berevolusi dengan lebih cepat terhadap teknologi Mobiliti Terhubung, ia sedikit sebanyak mengubah cara kita berinteraksi dan melihat kepada pengangkutan yang lebih daripada sekadar membawa kita dari titik A ke titik B. 

"Oleh sebab itu kerajaan menerusi MITI memberikan tumpuan yang penuh terhadap aspek ini untuk mempercepatkan lagi perkembangan perniagaan domestik untuk ekonomi digital yang disruptif. 

 


Selain daripada aspek yang dipamerkan, pengunjung juga berpeluang untuk merasai sendiri konsep Pusat Pameran Maya yang mengeksploitasikan elemen Industri 4.0 seperti Big Data Analytics (BDA), IoT dan juga perkhidmatan berasaskan awan. 

Konsep ini adalah selari dengan Industry4WRD: National Policy on Industry 4.0 oleh MITI di mana ia membenarkan pengalaman yang lebih mendalam dan lebih interaktif kepada para pelanggan dan dalam masa yang sama mengurangkan kos operasi kepada para pemilik perniagaan. 

 


Kelebihan IoT juga turut diperlihatkan kepada para pengunjung menerusi pameran Rumah Pintar yang merangkumi beberapa ciri seperti sistem pemantauan jarak jauh dan kawalan terhadap perkakas rumah. 

Menggunakan aplikasi VR, pengunjung juga boleh merasai renovasi secara digital selain teknologi yang berkaitan dengan rekaan 3D, aplikasi pengekodan, percetakan 3D dan juga robotik. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 2,000 permohonan telah diluluskan, sekali gus melayakkan pemohon menerima…
Berita Domestik
Dalam perjanjian tersebut adalah termasuk penerokaan penggunaan penyelesaian blockchain untuk…
Berita Domestik
Skim galakan tersebut pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan…