Mari kenali 6 mod pemanduan Lamborghini Urus

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lamborghini Urus
Lamborghini Urus
Lamborghini Urus, sebuah Super SUV menawan dan pilihan ideal buat pengguna yang mahukan sebuah kereta berprestasi dengan pemanduan selesa dan boleh dinaiki empat penumpang.

Membangunkan sebuah SUV dengan jenama eksotik bukan kerja mudah. Sebagai contoh, kemampuan untuk bermain di medan lasak atau off-road.

Tidak logik jika SUV berharga jutaan ringgit tetapi kalah kepada SUV yang lebih murah harganya apabila diuji.

Dengan itu, SUV mahal seperti Urus perlu mempunyai keupayaan setara dengan nilainya. 

Kereta berprestasi dan premium sekarang ini begitu canggih hingga mempunyai pelbagai mod pemanduan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lamborghini Urus

 

Tujuan mod ini bagi menyesuaikan jenis-jenis pemanduan, dari prestasi hingga ekonomikal. Setiap mod yang dipilih mempunyai tetapan berbeza seperti suspensi, respon enjin dan sebagainya.

Lamborghini Urus sebagai sebuah Super SUV mempunyai enam mod berbeza dan tambahan mod EGO yang membolehkan pemandu membuat pelbagai pilihan mengikut kehendak dan permukaan jalan.

Enam mod tersebut dibahagikan kepada jalanan (street) dan off-road yang boleh dipilih melalui suis ANIMA (Adaptive Network Intelligent Management).

Menariknya, Anima bermaksud jiwa (soul) di dalam bahasa Itali. 

Berikut kami senaraikan enam mod pemanduan Lamborghini Urus:

NEVE

 

Lamborghini Urus

 

Di dalam bahasa Itali, Neve bermaksud salji yang sememangnya licin untuk kenderaan. Dengan mod Neve, tetapan Urus akan dibuat supaya fokus kepada cengkaman dan tidak meliar sesuka hati.

Meskipun Urus dipacu kesemua roda, pengurusannya penting dan fungsi torque vectoring membantu bagi mengurangkan understeer.

TERRA

 

Lamborghini Urus

 

Terra pula digunakan semasa pemanduan off-road seperti di Iceland di dalam foto di atas. Sama seperti Neve, mod Terra menggunakan fungsi torque vectoring. 

Mod Terra ini penting untuk pelanggan global kerana tidak semua tempat mempunyai salji tetapi hampir semua pasaran memiliki kawasan off-road. 

SABBIA

 

Lamborghini Urus

 

Mod Sabbia ini pula penting kerana ia khusus untuk kawasan berpasir sebagai contoh di Nazarè, Portugal di dalam gambar di atas.

Selain itu jualan di pasaran Timur Tengah juga penting. Mod ini membantu dalam mengharungi permukaan berpasir yang lebih spesifik berbanding off-road.

Mod ini bukan sahaja untuk kawasan padang pasir tetapi juga sesuai untuk meredah tepi pantai.

STRADA

 

Lamborghini Urus

 

Berbeza dengan tiga mod di atas, Strada berada dalam kategori jalanan (street). Mod ini untuk pemanduan dan keselesaan harian.

Ketinggian Urus dilaras mengikut kelajuan untuk lebih keselesaan manakala bunyi enjin pula lebih senyap dan sopan.  

SPORT

 

Lamborghini Urus

 

Ini pula mod untuk menikmati jalan berliku atau luar bandar, menuruni dan mendaki jalan berbukit.

CORSA

 

Lamborghini Urus

 

Apa lagi yang bagus tentang Urus? Boleh bermain salji, padang pasir, membawa ramai penumpang dan satu lagi, Lamborghini tetap Lamborghini.

Mod Corsa khusus untuk pemandu menikmati pemanduan berprestasi di litar seperti di Litar Vallelunga, Itali dengan tetapan yang mengurangkan olengan badan.

EGO

Ini mod yang boleh dilaras mengikut kehendak pemandu. Ciri dinamika kenderaan seperti stereng, cengkaman dan suspensi boleh dilaras berdasarkan pilihan pemandu. 

Mod custom ini biasanya untuk pemandu yang mahukan talaan sendiri sebagai contoh nak lebih di situ dan kurang di sini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …