Marcus Gronholm puji prestasi Iriz R5 - "Iriz R5 sedia ke WRC"

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu perkembangan di luar negara, pasukan Mellors Elliot Motorsport kini sedang menguji prestasi jentera rali Iriz R5 bertempat di lokasi rahsia, Utara Ireland selama dua hari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Turut serta pada program ujian tersebut adalah juara dua kali World Rally Championship, Marcus Gronholm untuk turun merasai sendiri perkembangan Iriz R5 yang dibangunkan oleh MEM. 

 


Menurut laporan daripada laman Facebook rasmi MEM, Marcus sebenarnya turut terlibat di dalam fasa awal pembangunan Iriz R5 sebelum mencuba sendiri jentera tersebut selama dua hari di Ireland. 

Ujian pemanduan dijalankan di beberapa lokasi yang melibatkan sesi laluan yang berbeza, ternyata maklumbalas yang diluahkan oleh Marcus amat positif dan beliau gembira dengan prestasi jentera Iriz R5 walaupun kondisi jalan yang agak sukar. 


Malah, pemandu pasukan GRX Team yang mengemudi Toyota Yaris WRC pada musim perlumbaan 2019 turut menyatakan bahawa Iriz R5 sebenarnya sudah pun bersedia untuk bertarung di World Rally Championship berhadapan dengan pengeluar utama kelas R5. 

Ini ternyata satu perkembangan yang sangat baik datang dari Mellors Elliot Motorsport untuk para peminat sukan rali dan peminat Iriz khususnya. 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Terbaharu, pasukan yang berlumba dalam kejohanan FIA RallyCross Eropah, Team RX Racing mengumumkan…
Sukan Bermotor
Pihak Mellors Elliot Motorsport (MEM) baru-baru ini telah pun mengemaskini laman sesawang rasmi…
Berita Global
Goodwood Festival of Speed (FOS) 2019 sudah pun selesai berlangsung dan menariknya, untuk tahun…