Marc Phillipp Gembala Marsien - supercar offroad 818 hp, dari RM2.5 juta, 40 unit sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Nampak seperti sebuah kereta rasmi dari Porsche, tapi sebenarnya bukan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera supercar dengan ketinggian yang bersedia untuk menawan laluan off-road ini sebenarnya adalah sebuah 911 Turbo S generasi 992 yang diberikan nama Marc Phillipp Gembala Marsien, dan ia dilihat seakan jelmaan semula Porsche 959 yang ikonik itu.

 


Marsien menampilkan struktur badan gentian karbon penuh yang direka oleh peminat Porsche Alan Desier, dan dilengkapkan dengan sistem suspensi yang lebih tinggi membolehkan jentera ini memiliki jarak kelegaaan tanah setinggi 250 mm, atau 120 mm untuk pemanduan normal.

Sistem suspensi tersebut dibangunkan oleh KW Automotive yang menampilkan tetapan double-wishbone di bahagian hadapan, dibantu dengan teknologi peredam omboh solid dan kawalan aktif, sementara bahagian belakang pula menampilkan konfigurasi multi-link.

Malah, teknologi peredam itu mampu memberikan tindak balas dalam tempoh 20 milisaat tidak kira apa jua keadaan jalan yang dilalui.

 


Dari segi kuasa, supercar off-road ini dijana oleh enjin flat-six talaan Ruf dengan pengecas turbo berkembar yang berupaya menghasilkan 740 hp, atau sehingga 818 hp (dengan daya kilas 960 Nm) apabila menggunakan unit turbo VTG dan pemetaan ECU yang dinaiktaraf.

Segala sisa pembakaran bahan api disalurkan keluar ke atmosfera bumi menerusi sistem perpaipan titanium Akrapovic yang direka khas untuk projek supercar yang tinggi ini.

 


Untuk menawan muka bumi yang pelbagai, ia dipasangkan dengan rim tempa bersaiz 20 atau 21 inci dengan balutan tayar Michelin untuk pemanduan normal, atau rim 19/20 inci dengan balutan tayar all-terrain untuk pemanduan off-road.

Dalam pemanduan normal, pecutan 0-100 km/j boleh dicapai dalam tempoh 2.6 saat sebelum mencapai kelajuan 330 km/j, namun dalam mod off-road, kelajuan tertinggi dihadkan kepada 210 km/j sahaja.

 


Hanya 40 unit Marc Philipp Gembala Marsien akan dibina dengan harga jualan bermula dari €495,000 (RM2,452,467) tidak termasuk kos sebuah Porsche 911 Turbo S.

Berita kurang baiknya, lebih separuh slot yang disediakan sudah pun mempunyai tuan empunya masing-masing.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Marc Philipp Gemballa menerusi syarikatnya MP Gemballa GmbH didakwa cuba untuk mengeksploitasi…