Marc Marquez juara keseluruhan FIM MotoGP buat kali keempat berturut-turut!

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba pasukan Repsol Honda Team RC213V, Marc Marquez kini menjadi juara dunia kejuaraan FIM MotoGP 2019 pada pusingan yang ke-15 berlangsung di Chang International Circuit, Buriram.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini merupakan kemenangan buat kali keempat berturut-turut Marquez di dalam kelasnya serta kali keenam menjuarai perlumbaan MotoGP sepanjang karier beliau. 

Menunggang jentera Honda RC213V, Marques memiliki permulaan terbaik dalam usaha memburu gelaran keempat berturut-turut musim ini, dengan kedudukan kedua dalam pusingan pembukaan dan seterusnya menjuarai pusingan kedua. 
 


Meskipun beliau terlepas podium pada perlumbaan di AmericaGP, ia dapat ditebus kembali dengan kemenangan bergaya pada pusingan-pusingan berikutnya. 

Marquez menjadi juara termuda MotoGP setelah memenangi kejuaraan pertama pada tahun 2013 ketika menyertai pasukan Repsol Honda Team, dan tahun berikutnya, beliau berjaya menjadi juara dengan 13 kali jumlah kemenangan. 

Sehingga kini, Marquez telah berjaya meraih 61 kedudukan teratas, dan memenangi 53 kejuaraan Grand Prix. 
 


"2019 menjadi salah satu daripada musim pelumbaan yang paling konsisten pernah saya hadapi, dan kami telah cuba sedaya upaya untuk mencapai ke tahap ini.

"Meraikan ulang tahun ke-60 Honda Racing dengan gelaran juara MotoGP merupakan satu penghormatan besar, dan saya amat berpuas hati kerana dapat melakukan yang terbaik buat Honda," ujar Marc Marquez.
 


Berikut merupakan pencapaian Marc Marquez sepanjang karier beliau di dalam MotoGP:

2008 Tahun pertama berlumba, tempat ke-13 kategori 125cc 

2009 Tempat ke-8 kategori 125ccc 

2010 Juara kategori 125 cc

2011 Tempat Kedua Moto2 

2012 Juara MotoGP 

2013 Juara MotoGP 

2014 Juara MotoGP 

2015 Tempat Ketiga MotoGP 

2016 Juara MotoGP 

2017 Juara MotoGP 

2018 Juara MotoGP 

2019 Juara MotoGP 

 


Kredit gambar: HRC

Berita Berkenaan

MotorGP
Marc Marquez memulakan karier di dalam MotoGP menggunakan jentera RC213V untuk pasukan pengilang…
MotorGP
Tahun 2019 merupakan tahun yang ketujuh pelumba dari pasukan Repsol Honda ini membawa pulang sebuah…