'Manusia terbang' dikesan pada ketinggian 1,524 meter di Los Angeles

oleh Mohamad Hanif|
Sehingga kini, manusia belum boleh mampu terbang sendiri tanpa bantuan jetpack seperti cerita fiksyen Iron Man memandangkan teknologi yang masih lagi terhad dan agak mahal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, menurut laporan terbaharu daripada The Los Angeles Times, pihak FBI sedang menyiasat kenyataan seorang juruterbang penerbangan komersial, di mana juruterbang itu mendakwa terlihat orang terbang dengan bantuan jetpack di langit berdekatan Los Angeles International Airport.

Akhbar itu melaporkan juruterbang pesawat Boeing 747 melaporkan beliau 'melihat manusia terbang' pada jam 6.12 petang pada ketinggian 1,524 meter, 24 km daripada arah timur lapangan terbang tersebut.

Menurut jurucakap Federal Aviation Administration, pegawai kawalan trafik udara turut memberikan amaran kepada juruterbang berhampiran sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam komunikasi dua hala itu, salah seorang daripada pegawai kawalan trafik bertanyakan kepada juruterbang sekiranya beliau mengesan sebuah UFO.

Juruterbang itu memberikan respon, "kami sedang mencari, namun kami tidak melihat kelibat Iron Man."

Menurut wakil FBI, Laura Eimiller dalam satu emel balasan menyebut, pihak mereka akan bekerjasama dengan FAA untuk menyiasat laporan tersebut.

Sebelum ini, FBI telah menerima dua laporan berhubung kelibat objek yang dipercayai jetpack berdekatan dengan LAX pada dua kejadian yang berbeza, iaitu pada bulan Ogos dan Oktober tahun lalu.

 

Sumber: The Los Angeles Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula 21 hingga 26 Februari ini, penumpang bertuah boleh menikmati perkhidmatan pemindahan…