Mansory tawar SUV coupe Urus, G-Class - lapan unit sahaja dalam dunia

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat golongan yang maha kaya raya di atas muka bumi ini yang mahu menghabiskan wang simpanan yang tak luak tujuh keturunan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mansory baru-baru ini melancarkan dua buah SUV mewah Urus dan juga G-Class di mana tidak seperti penawaran terdahulu, kedua-dua SUV Urus dan G-Class itu akan dijelmakan menjadi SUV coupe tiga pintu!

Menurut Mansory, mereka banyak menerima permintaan daripada pelanggan menerusi program bespoke yang telah dilancarkan sebelum ini, dan sudah pasti Urus dan G-Class itu perlu menjalani proses modifikasi yang menyeluruh untuk mengubah bentuk asal SUV lima pintu kepada SUV tiga pintu.
 

Venatus


Untuk model Venatus Coupe Evo C (Urus), Mansory telah mengalihkan tiang B asal sebanyak 200 mm ke belakang, sementara pintu hadapan turut bertambah dimensi yang sama.

Dimensi fender belakang turut bertambah lebar dengan adanya kit badan yang serba agresif, diikuti dengan rekaan bampar yang garang, sayap belakang dan rekaan diffuser yang kompleks.

Venatus Coupe Evo C mengekalkan penawaran trenkuasa yang sebelum ini pernah wujud pada Venatus Evo S, dengan output kuasa 900 hp dan 1,100 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j sepantas 2.9 saat dan kelajuan tertinggi 323 km/j.
 

Gronos


Lain pula halnya dengan model Gronos Coupe Evo C (G-Class), di mana pihak Mansory telah mengubah casis asal dengan membuang terus struktur tiang C, dan ketiadaan pintu penumpang belakang digantikan dengan panel kaca yang memanjang ke belakang.

Tidak cukup dengan itu, posisi engsel asal G-Class ini telah diubah kepada tiang B, supaya pintu tersebut boleh dibuka dari arah bertentangan dengan pintu-pintu kereta yang ada di planet bumi.

Kemasan luaran diserikan dengan skup bonet yang diperbuat daripada gentian karbon, bar lampu tambahan pada bahagian bumbung, serta kehadiran sayap belakang.

Model Gronos Coupe Evo C ini dibekalkan dengan talaan berkuasa 900 hp dan 1,200 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j sekitar 3.3 saat dan kelauan maksimum 250 km/j.

Kedua-dua model Gronos Coupe Evo C dan Venatus Coupe Evo C ini hanya akan dihasilkan sebanyak lapan unit sahaja setiap satu.
 

MANSORY GRONOS COUPE EVO C

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun digelar sebagai 'kereta terbang', secara asasnya ia adalah sebuah quadkopter dengan…
Berita Global
Namun tidak dapat dinafikan, sedan 7 Series juga kini menjadi pilihan golongan pemimpin di mana…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…