Mansory jadikan S-Class 2021 sedan jahat lagak ketua mafia

oleh Mohamad Hanif|
Penala terkenal seperti Mansory tidak perlu menunggu lama untuk membangunkan pakej talaan khas untuk S-Class generasi baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seperti biasa, apa yang dibawakan oleh Mansory ternyata menjadikan penampilan asal sedan S-Class yang elegan dan mewah itu menjadi tampak jahat, dan membuatkan anda berasa seperti seorang ketua mafia.

 


Untuk varian S-Class S 500, enjin asal telah diberikan talaan supaya mampu menjana kuasa sehingga 519 hp dan 629 Nm, pertambahan sebanyak 90 hp dan 109 Nm.

Dari segi pecutan, S 500 Mansory ini mampu mencapai 0-100 km/j dalam tempoh 4.3 saat, atau 0.6 saat lebih pantas berbanding model standard.

Pakej talaan tersebut turut ditawarkan kepada barisan enjin diesel, di mana S-Class S 400 d berupaya menghasilkan 389 hp dan 837 Nm, penambahan sebanyak 64 hp dan 137 Nm dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.8 saat.

 


Selain daripada peningkatan kuasa, Mansory turut menawarkan pakej bersifat kosmetik merangkumi pelindung cermin sisi, spoiler bumbung (!) serta beberapa penambahbaikan yang diperbuat daripada gentian karbon, manakala jalur LED pada bampar hadapan adalah perkara opsyen.

Keempat-empat ruang arca roda dihiasi dengan penawaran rim bersaiz 22 inci dengan dua rekaan yang berbeza.

 


Untuk ruang kabin pula, tiada sebarang gambar dibekalkan namun pemilik S-Class boleh memilih untuk menukar upholsteri asal kepada pelbagai jenis pilihan, serta menambah roda stereng kulit-gentian karbon, pedal aluminium, alas lantai eksklusif dan bermacam-macam lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun digelar sebagai 'kereta terbang', secara asasnya ia adalah sebuah quadkopter dengan…
Berita Global
Namun tidak dapat dinafikan, sedan 7 Series juga kini menjadi pilihan golongan pemimpin di mana…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…