Baru-baru ini, Mansory sekali lagi telah menghasilkan model one-off baharu iaitu Vitesse Continental GTC, ianya diilhamkan dari model Vitesse Rose yang merupakan hasil pertama warna istimewa Mansory pada tahun 2009.
Diasaskan dari model Bentley Continental GT Convertible, ianya dihasilkan dengan warna dua tona istimewa iaitu campuran hitam dan kuning, bahagian luaran turut ditambah dengan kit badan yang diperbuat dari karbon fiber.
Bukan sahaja luaran, bahagian dalaman juga didatangkan dengan campuran warna hitam dan kuning yang mengikut warna luaran, konsol tengah pula dihias dengan plat nama istimewa yang tertulis 'One of One''.
Buat masa ini, Mansory tidak mendedahkan sebarang maklumat berkaitan enjin yang digunakan, namun Mansory memberitahu model itu akan menghasilkan kuasa sehingga 740 HP dan 1020 Nm dengan pecutan dari 0-100 kmj dalam masa 3.3 saat serta kelajuan sehingga 332 kmj.
Sebagai perbandingan, Bentley Continental GT Convertible dikuasakan enjin V8 dengan turbo berkembar yang menghasilkan 542 HP dan 770 Nm.
Sumber: Facebook Mansory