Mansory F8XX - F8 Tributo dengan elemen FXX K, 880 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Apa akan jadi bila sebuah Ferrari F8 Tributo dikacukkan dengan Ferrari FXX K, dan mendapat sentuhan daripada Mansory?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hasilnya, Mansory F8XX (dah macam formula kimia pula), dan seperti kebanyakan supercar yang telah ditala oleh Mansory, F8XX ini turut menampilkan perubahan dari segi penampilan, terutama aspek aerodinamik.

 


Dari segi luaran, Mansory telah memasang bampar hadapan yang telah direka semula, penambahan elemen gentian karbon forged, sirip, skirt sisi gentian kargob, cermin sisi gentian karbon, dan liang kemasukan udara daripada bahan yang sama.

Sementara bahagian belakang pula menampilkan bampar bespoke dengan diffuser, posisi tip ekzos yang telah dialihkan, lip spoiler serta dua unit sayap kecil yang menyerupai unit yang terdapat pada model litar Ferrari FXX K.

 


Mansory F8XX dilayangkan warna hijau unik yang digelar sebagai Catania Gree, jalur kontras emas, serta pemasangan rim emas forged bersaiz 21 inci di hadapan dan 22 inci di bahagian belakang.

Rupa luaran yang agresif itu diseimbangkan dengan talaan kepada enjin 3.9 liter turbo berkembar bentangan V8 itu, di mana F8XX kini berupaya menghasilkan 880 hpp dan 980 Nm berbanding spesifikasi asal (720 hp/770 Nm).

 


Disebabkan peningkatan kuasa itu, Mansory F8XX berupaya memecut sepantas 2.6 saat dari 0-100 km/j dan mencapai kelajuan tertinggi 354 km/j.

Ruang kabin kereta pantas ini menampilkan penggunaan kulit beige serba baharu, dan dikontraskan dengan aksen putih.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun digelar sebagai 'kereta terbang', secara asasnya ia adalah sebuah quadkopter dengan…
Berita Global
Namun tidak dapat dinafikan, sedan 7 Series juga kini menjadi pilihan golongan pemimpin di mana…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…