Mansory dedah projek one-off Mercedes-AMG G 63, tema "Algorithmic Fade"

oleh Mohamad Hanif|
Jika duit bukan penghalang, Mansory merupakan salah satu pihak yang mampu menawarkan tahap penyesuaian yang tidak terbatas dek akal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Binaan terbaharu daripada syarikat penala itu merupakan sebuah projek one-off Mercedes-AMG G 63 dengan membawakan tema dua tona hijau hitam Algorithmic Fade.
 

G63


Sebelum G-wagen ini dilayangkan dengan warna tersebut, Mansory telah menambah beberapa komponen aerodinamik seperti bampar depan baharu, trim fender, apron belakang, spoiler bumbung, dan beberapa komponen lain yang menggunakan bahan ringan gentian karbon tempa.

Kemudian, pihak Mansory menggunakan skema warna hijau turquoise di bahagian hadapan sebelum berubah menjadi hitam pada seksyen belakang, dengan menampilkan tema Algorithmic Fade itu tadi.
 

G63


Keempat-empat sudut tayar pula dipasangkan dengan rim bersaiz dua puluh empat inci.

Tidak sah kereta yang disentuh oleh Mansory tanpa talaan terhadap trenkuasa asal.

Untuk G 63 AMG ini, Mansory telah memasang dua unit pengecas turbo yang lebih besar pada enjin V8 4.0 liter, diikuti dengan sistem perpaipan baharu dan sistem ekzos berprestasi tinggi yang boleh diprogramkan secara elektronik untuk melampiaskan lebih kuasa.
 

G63


Hasilnya, G 63 ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 850 hp dan daya kilas 1,000 Nm, peningkatan kuasa berbanding angka output standard 585 hp/850 Nm pada model asal.

Disebabkan itu, kelajuan tertinggi G-wagen ini meningkat kepada 250 km/j serta pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.5 saat sahaja.
 

G63


Ruang kabin SUV petak ini dikemaskan dengan penggunaan warna khas Feroza, diikuti dengan roda stereng kulit-karbon baharu, kemasan karbon berwarna turquoise, pedal sport aluminium.

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun digelar sebagai 'kereta terbang', secara asasnya ia adalah sebuah quadkopter dengan…
Berita Global
Namun tidak dapat dinafikan, sedan 7 Series juga kini menjadi pilihan golongan pemimpin di mana…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…