Mansory buat kerja gila, 10 unit SUV ganas Gronos 4x4 untuk dijual!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada G-wagen yang standard dan versi pantas AMG, Mercedes turut menghasilkan G-Class 4x4² yang dilengkapi dengan gandar portal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jarak lega bumi yang agak tinggi itu sudah cukup untuk membuatkan penampilan standard G-wagen lebih garang.

Akan tetapi, lain pula ceritanya dengan Mansory.
 

gronos


Dengan menggunakan asas daripada Mercedes-AMG G 63 4x4², Mansory telah berjaya menghasilkan 10 unit SUV ganas Gronos 4x4 yang mampu untuk menjelajah apa jua bentuk muka bumi tanpa perlu keluar peluh jantan.

Secara standard, Gronos 4x4 dilengkapi enjin bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar dengan hamburan kuasa 850 hp dan 1,000 Nm.

Pecutan 0-100 km/j memakan masa 4.5 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 210 km/j yang dihadkan secara elektronik.
 

gronos


Mansory telah membangunkan kit badan mesra aerodinamik yang agresif, fender yang lebih lebar, spoiler belakang, serta penggunaan bahan karbon pada penutup tayar simpanan, cermin sisi, liang kemasukan udara serta kemasan pada arka roda.

Keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim bersaiz 22 inci dengan balutan tayar all-terrain Pirelli bersaiz 325/55 R22.
 

Gronos


Mansory menawarkan kemasan kabin berwarna biru/putih, diikuti dengan penambahan ratusan LED pada panel pintu, butang pandu/berhenti pada bahagian atas, serta tempat duduk individu pada bahagian belakang yang dipisahkan dengan konsol tengah yang panjang.

Tiada sebarang tanda harga didedahkan buat masa ini, namun yang pasti dalam dunia ini akan wujud 10 orang yang sah menjadi pemilik sebenar Gronos 4x4.

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun digelar sebagai 'kereta terbang', secara asasnya ia adalah sebuah quadkopter dengan…
Berita Global
Namun tidak dapat dinafikan, sedan 7 Series juga kini menjadi pilihan golongan pemimpin di mana…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…