MANSORY Audi RS6: Wagon Keluarga Dengan Prestasi Supercar

oleh Qalif Latif|
Pakej MANSORY untuk Audi RS6 ini memang jelas fokus pada visual agresif dan fungsi aerodinamik. Hampir semua komponen aero menggunakan exposed carbon fiber, termasuk front splitter, air intake surround, side skirt, diffuser belakang dan spoiler. Corak carbon yang terdedah ini bukan sekadar kosmetik, tapi juga membantu pengurangan berat serta meningkatkan airflow pada kelajuan tinggi.

Bahagian hadapan tampil lebih garang dengan rekaan bumper baharu dan signature LED DRL yang nampak lebih futuristik, sesuai dengan karakter ekstrem MANSORY.

MANSORY Audi RS6

 

Roda & Perincian Luaran
RS6 ini dipadankan dengan rim forged ringan bersaiz 22 inci model YN.5, eksklusif daripada MANSORY. Rekaan multi-spoke dengan kemasan gelap dan aksen turquoise menjadikan keseluruhan profil sisi nampak lebih lebar dan “stance” lebih rendah, walaupun masih sebuah wagon lima pintu.

MANSORY Audi RS6

Kabin & Sentuhan Mewah
Masuk ke dalam kabin, tema turquoise diteruskan secara menyeluruh. Jok, panel pintu, stereng dan konsol tengah menerima upholsteri khas dengan kombinasi kulit premium dan carbon fiber. Jahitan kontras serta trim eksklusif MANSORY menjadikan ruang dalaman RS6 ini jauh berbeza berbanding model standard.

MANSORY Audi RS6

Walaupun fokus prestasi, tahap kemewahan dan keselesaan masih dikekalkan, selari dengan identiti RS6 sebagai high-performance luxury wagon.

Enjin & Prestasi
Di bawah bonet, enjin V8 twin-turbo RS6 menerima talaan ekstrem MANSORY. Hasilnya, kuasa melonjak sehingga 1,100 PS dengan tork setinggi 1,250 Nm. Ini meletakkan RS6 ini dalam wilayah supercar dari segi angka prestasi, walaupun ia masih mampu membawa keluarga dan barangan harian.

Pecutan, kelajuan maksimum dan respons throttle semuanya berada pada tahap luar biasa, menjadikan ia antara wagon terpantas di dunia.

MANSORY Audi RS6

 

Eksklusiviti MANSORY
Seperti kebiasaan MANSORY, pakej ini bukan untuk semua orang. Tahap customisation sangat tinggi dan setiap unit biasanya dibina mengikut spesifikasi pelanggan, menjadikan setiap RS6 MANSORY hampir unik.

MANSORY Audi RS6
MANSORY Audi RS6