Manhart ER 800 - sedan berkuasa supercar!

oleh Mohamad Hanif|
Jenama Manhart biasanya dikaitkan dengan kereta BMW, namun syarikat itu kini menunjukkan magis mereka terhadap jenama lawan, lebih tepat lagi sebuah Mercedes-AMG E 63 S.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dinamakan sebagai Manhart ER 800, E 63 S AMG ini telah diberikan suntikan kuasa yang kini menyamai tahap supercar, akan tetapi masih lagi berselindung di sebalik kulit sedan eksekutif yang serba garang.
 

AMG


Enjin asal 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar itu telah diberikan naiktaraf seperti unit pengecas turbo, intercooler, ruang kemasukan karbon, sistem perpaipan dengan penukar bermangkin 300 sel dan pemetaan semula sistem ECU.

Hasil daripada modifikasi tersebut, kuasa asal 603 hp dan 850 Nm itu berjaya melonjak kepada 798 hp dan 1,070 Nm!
 

AMG


Penambahan kuasa itu diseimbangkan dengan sistem brek seramik karbon dengan rotor brek bersaiz 405 mm depan, serta sistem suspensi udara yang merendahkan ketinggian sedan ini sebanyak 20-30 mm.

Manhart ER 800 ini dilayangkan dengan warna hitam dengan grafik kontras berwarna emas, serta gril hadapan hitam kustom, sementara rim pula bersaiz 21 inci Classic Line yang dibaluti tayar berprestasi bersaiz 225/30 ZR21 di depan, dan 295/25 ZR21 di belakang.
 

AMG


Kit naik taraf prestasi yang ditawarkan oleh Manhart ini hanya berharga sekitar €17,999 (RM88,383) dengan tambahan €4,630 (RM22,735) untuk sistem kemasukan yang diperbuat daripada karbon.

Harga tersebut tidak termasuk dengan penawaran aksesori lain seperti:

  • sistem ekzos - €8,499 (RM41,734)
  • downpipe - €2,899 (RM14,235)
  • rim - €8,200 (RM40,265)
  • decal - €999 (RM4,906)
  • talaan suspensi yang lebih rendah - €355 (RM1,743)
     
AMG


Ruang kabin ER 800 ini boleh diserikan dengan alas lantai Manhart berharga €178 (RM874) serta headliner Starlight ala Rolls-Royce pada  harga €1,990 (RM9,330).

Sebagai makluman, Manhart turut menawarkan kit naik taraf ini untuk model E 63 S pra-facelift.

Baca:  Mercedes-AMG E 63 S 2021 kini di Malaysia - harga RM1.12 juta