Manhart DP 500 - Defender bukan untuk off-road

oleh Mohamad Hanif|
Penala terkenal Manhart baru-baru ini memperlihatkan secara rasmi konsep modifikasi terbaharu yang dinamakan sebagai DP 500 untuk Land Rover Defender.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Walaupun pada asalnya Land Rover Defender direka untuk menawan laluan off-road, kit yang dihasilkan oleh Manhart ini dilihat seakan mahu menjauhkan Defender daripada habitat asal.

 


Disebabkan tiada keperluan untuk menawan laluan off-road, Manhart telah menala kembali ECU enjin 3.0 liter enam silinder sebaris asal Land Rover Defender P400 AWD supaya mampu menghasilkan kuasa setinggi 512 hp dan 710 Nm.

Secara tidak langsung, kuasa DP 500 kini mampu menyaingi kuasa yang dihamburkan oleh Land Rover Defender 5.0 liter supercharger.

 


Segala sisa pembakaran disalurkan keluar menerusi sistem ekzos keluli tahan karat dengan tip salutan seramik atau gentian karbon.

Sistem pemberhentian Defender asal juga boleh dinaiktaraf, diikuti dengan sistem suspensi udara standard yang telah direndahkan sebanyak 30 mm.

 


Untuk menjadikan penampilan Defender DP 500 ini lebih jahat, Manhart telah memasang rim bersaiz 24 inci yang dibaluti tayar 295/30, atau pilihan roda aloi yang lebih kecil bersaiz 22 inci dengan tayar 295/40.

Sementara ruang kabin Defender ini turut mendapat sentuhan Manhart seperti pemasangan trim kulit dan Alcantara pada sesetengah tempat, diikuti sepasang tempat duduk Recaro untuk pemandu dan penumpang belakang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika sebelum ini mereka memperlihatkan projek Integrale 400, kali ini Manhart mendedahkan pula…
Berita Global
Ini kerana dalam bentuk standard kilang sekalipun Defender didatangkan dengan bermacam-macam ciri…
Berita Global
Sebagai menyambut 'pemergian' nadi V8 tersebut, firma talaan Jerman, Manhart tampil dengan sebuah…