"Mangsa kemalangan jalan raya boleh saman JKR"

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
"Mangsa yang terlibat kemalangan boleh membuat tuntutan ganti rugi jika jalan raya itu di bawah pentadbiran JKR"


Dalam laporan Kosmo bertarikh 30 Disember 2020 di mana satu wawacara telah diadakan bersama Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmad Marthada yang berkata, tuntutan boleh dibuat kepada pihak terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) ekoran kecuaian tersebut sehingga mendatangkan kecederaan kepada pengguna.


 

Dr. Ahmad berkata, mana-mana individu yang terlibat kemaIangan berikutan kecuaian pihak tertentu dalam menyelenggara dan membaiki kerosakan jalan raya boleh mengemukakan tuntutan ganti rugi serta memfailkan saman di mahkamah.

 


Menurutnya, pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemaIangan akibat jalan rosak atau berlubang mempunyai asas kukuh untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap pihak yang menyelenggara laluan berkenaan.

 


"Jika jalan raya yang tidak di­selenggara dengan baik itu di bawah pentadbiran JKR, mangsa yang terlibat kemalangan boleh membuat tuntutan ganti rugi dan keputusan sama ada perlu membayar ganti rugi akan ditentukan oleh jabatan tersebut.

 

"Tuntutan ganti rugi itu meliputi pelbagai kos seperti perubatan, pembayaran wad dan pembaikan kenderaan,” katanya.

 


Mengulas lanjut, Ahmad memberitahu, sekiranya JKR tidak mahu melayan tuntutan ganti rugi tersebut, mereka boleh membawa kes itu ke mahkamah sivil dengan memfailkan tuntutan saman.

 


"Pada peringkat ini, ia akan melibatkan perbicaraan antara kedua-dua pihak dan sebarang keputusan akan ditentukan oleh pihak mahkamah,” jelasnya.

 

Mengulas mengenai saman terhadap JKR, Ahmad berkata, difahamkan setakat ini ada tuntutan yang difailkan orang awam terhadap agensi itu di mahkamah berkaitan kemalangan di jalan Persekutuan dan negeri.

 


"Dalam kes berkaitan, bagi pengendali lebuh raya, ada kes tuntutan saman dikenakan terhadap mereka akibat kemaIangan.

 


"Saman itu memandangkan ada perjanjian yang memerlukan mereka bertanggungjawab atas apa jua yang terjadi berikutan pengguna membayar tol,” kata­nya.

 

Kes-kes mahkamah yang meminta ganti rugi di Malaysia jarang kedengaran kerana akta pelindungan untuk para pengguna di negara kita tidak 'kuat dan kukuh' seperti di negara-negara barat. Di sana ramai yang memperjuangkan hak pengguna dan berjaya mendesak kerajaan mereka untuk memberi pelindungan kepada para pengguna, lebih-lebih lagi pengguna jalan raya.

 

Ada juga kes-kes pelanggaran dan tuntutan dari pihak pengguna diselesaikan di luar mahkamah, di mana jumlah pampasan 'dirahsiakan' dan tidak boleh didedahkan kerana telah menandatangani perjanjian NDA (Non Disclosure Agreement).

 

Sebagai pengguna jalan raya, kita berhak menuntut hak kita, cuma kami di Careta ingin mengingatkan bahawa proses di mahkamah akan mengambil masa yang lama, anda perlu bersedia dan mempunyai ketahanan daya mental yang kuat untuk menghadapinya. Pastikan juga anda mempunyai peguam yang berpengalaman dan mengumpul bahan bukti dan saksi yang sahih. 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner…
Berita Domestik
  Katanya, kerajaan mempunyai liabiliti vikarius atas kecuaian ketua pengarah JKR.   Sajid…
Informasi
  "Ketika ini, kerja-kerja menambah baik lebuh raya sepanjang 33 kilometer itu akan dilakukan di…