Mangsa ke-18 beg udara Takata di Australia

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seorang lelaki meninggal-dunia kerana kecederaan yang disyaki akibat letupan beg udara Takata.

Lelaki tersebut terlibat di dalam satu kemalangan di bandar Sydney dan polis Australia berkata beg udara tersebut mungkin menjadi punca kematian beliau.

Penyiasatan mendapat serpihan peledak beg udara Takata itu menegnai lehernya. Itu adalah punca kenapa beg udara Takata dipanggil semua di seluruh dunia kerana beg udara Takata itu akan mula memberi maslaah selepas beberapa tahun dan peledaknya akan menyebarkan serpihan besi bila ia meletup.

Saham Takata turun 20 peratus apabila berita tersebut dilaporkan. Syarikat itu telah mengisytiharkan ia muflis di US dan di Jepun.

Sebanyak 36 peratus kenderaan yang terbabit dengan panggil semula Takata itu di Australia telah pun ditukar beg udaranya.

Di Malaysia, Honda dan syarikat lain sedang giat menjalankan kempen panggil semula tetapi respon dari para pemilik nampaknya sangat mengecewakan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Antara model  yang terlibat termasuklah Chevrolet Cruze (2010-2015), Chevrolet Orlando (2013-2015…
Berita Global
Kempen tersebut bertujuan untuk menggantikan beg udara sebelah pemandu yang bermasalah dan mampu…