MAN Malaysia serah trak TGS Euro V kepada 14 syarikat logistik

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd baru-baru ini telah menganjurkan satu majlis penyerahan besar-besaran trak MAN generasi baharu kepada 14 syarikat pelanggan dari seluruh negara, di mana 10 daripadanya merupakan pelanggan MAN kali pertama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara tersebut disempurnakan oleh Naib Presiden Kanan dan Ketua bagi Kawasan Jualan Antarabangsa MAN Truck & Bus SE, Roman Sitte yang mengunjungi Malaysia buat julung kalinya.
 

MAN


Pelbagai model dan spesifikasi trak MAN TGS baharu telah diserahkan kepada syarikat berikut seperti Juta Cahaya Gemilang Sdn Bhd (P. Pinang), Sikap Mawar Sdn Bhd (Pulau Pinang), Mekar Angkut Sdn Bhd (Kelantan), Pancaran Matahari Logistics Sdn Bhd (Kelantan), Zha Pengangkutan Sdn Bhd (Terengganu), SBK Logistics Sdn Bhd (Johor) dan L & R Haulage Sdn Bhd (Negeri Sembilan)

Syarikat-syarikat dari Lembah Klang yang turut menerima unit masing-masing termasuklah AG Sdn Bhd, Gamalux Sdn Bhd, Gill Logistics Sdn Bhd, NX Transport Service (M) Sdn Bhd, Rani Transport Sdn Bhd, Sidhu Brothers Transport Sdn Bhd dan Taipanco Sdn Bhd.
 
Sitte memuji pelanggan Malaysia kerana berpandangan jauh dan kesanggupan mereka untuk menerimapakai teknologi dan menyertai usaha ke arah kemampanan.
 

MAN


“MAN mempunyai sejarah yang panjang di negara ini yang merangkumi lebih tiga dekad. Bagaimanapun, sepanjang lebih kurang setahun yang lalu, jenama kami mengalami pertumbuhan yang begitu ketara yang dipacu oleh produk hebat yang dapat membantu perniagaan mencapai matlamat kemampanan dan keberuntungan. Kini Malaysia adalah pasaran tumpuan bagi MAN SE dan kami komited untuk membangun bersama anda,“ katanya.

MAN yakin bahawa elektrik merupakan pemacu masa depan trak dan MAN eTruck yang menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya akan mula berada di jalan raya di Eropah dengan penyerahan trak kepada pelanggan yang dijadualkan dalam separuh tahun pertama 2024.

Walau bagaimanapun, Sitte menyatakan bahawa syarikat tersebut tidak akan tergesa-gesa untuk membawanya ke Malaysia sehinggalah infrastruktur yang diperlukan serta persekitaran yang sesuai dan insentif oleh kerajaan telah tersedia.
 

MAN


“Kami mesti memastikan bahawa kami mempunyai produk yang sesuai pada masa yang sepatutnya serta mengatur masa di pasaran supaya bertepatan dengan kitaran inovasi. Sementara itu, enjin diesel, terutamanya varian emisi rendah dengan spesifikasi Euro V ke atas, masih mempunyai kitaran hayat yang panjang. Industri pengangkutan kini berada di peringkat peralihan, oleh itu kami akan terus menawarkan produk-produk dengan teknologi termaju yang memberikan fungsi terbaik atau memenuhi keperluan sebenar pelanggan kami,“ katanya.

Setelah lebih setahun diperkenalkan, trak MAN dengan nadi Euro V mendapat sambutan menggalakkan di mana ia terbukti menawarkan penggunaan bahan api yang ekonomi, serta kos penyenggaraan rendah yang turut menyumbang kepada kos pemilikan yang lebih berpatutan.
 

MAN


Sementara itu, Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks menyatakan bahawa syarikat tersebut sedang membangun, berkembang dan melangkah ke hadapan dengan matlamat yang jelas untuk menyediakan khidmat yang lebih baik kepada jumlah pelanggannya yang semakin meningkat.

“Ibu pejabat baharu kami di Shah Alam, yang akan dibuka secara rasminya pada bulan Julai, kini semakin pesat. Kami baru sahaja mengeluarkan Trak MAN yang pertama dari barisan pemasangan CKD yang baharu. Pusat kemudahan bersepadu ini turut menempatkan pusat servis baharu yang dapat melaksanakan servis dengan cekap bagi trak dan bas pelanggan. Kami sedang membangunkan pasukan kami dan juga menempatkan rakan sekerja dari Kluster yang mengendalikan beberapa pasaran lain di rantau ini,“ ujarnya.  

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembelian terbaharu itu menjadikan MAN sebagai jenama trak utama dalam barisan kenderaan Globonus…
Berita Domestik
Tiga pelanggan yang menerima trak MAN TGS serba baharu iaitu Sri Kulai Transport Sdn Bhd dan Kiaan…
Berita Domestik
Empat syarikat yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut: Artha Logistics Sdn Bhd (dua unit…