Kesemua tujuh buah trak MAN generasi baharu itu telah diserahkan kepada enam buah syarikat pengangkutan, di mana dua daripadanya merupakan pelanggan MAN yang baharu.
Menurut Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O'Brooks berkata, "Pada November 2021, MAN menjadi pengeluar trak yang pertama di Malaysia yang menawarkan enjin Euro V sebagai standard untuk seluruh portfolio produk.

"Ini merupakan satu langkah berani apabila kami memberi cabaran kepada syarikat pengangkutan di Malaysia untuk menyertai perjalanan dan menerajui usaha mengurangkan pelepasan karbon.
"Sambutan yang diterima dari pasaran sangat memberangsangkan, dan ini jelas menunjukkan syarikat pengangkutan di Malaysia sanggup mengambil bahagian dalam usaha negara mencapai status neutral karbon menjelang 2050.
Antara syarikat yang menerima serahan trak MAN generasi baharu termasuklah:
- LTS Distribution (M) Sdn Bhd - MAN TGS 4x2 360 hp
- Sim Aik Chan Trading Sdn Bhd - MAN TGS 6x4 540 hp
- Sea Hawk Global Lines Sdn Bhd - MAN TGX 6x4 540 hp, MAN TGS 6x2 440 hp
- Timur Permai Haulage Sdn Bhd - MAN TGS 6x2 440 hp
- Rani Transport Sdn Bhd - MAN TGS 4x2 360 hp spesifikasi ADR*
- Globonus Sdn Bhd - MAN TGS 6x2 440 hp spesifikasi ADR*
*Agreement Concerning the International Carriage of Dangerous Goods by Road