Majlis penyerahan tersebut di buat Batu Kawan, Pulau Pinang di mana Super Nice telah menandatangani perjanjian untuk membeli 10 unit tambahan casis koc MAN RR5 dan RR3 daripada MAN Malaysia.
Dipasang di kilang pemasangan MAN Malaysia di Serendah, Selangor, casis koc MAN RR5 itu digandingkan dengan kotak gear pintar MAN TipMatic® yang menawarkan penukaran gear yang lebih lancar, pemanduan yang selesa serta penjimatan bahan api yang lebih baik.
Selain itu, ia turut menampilkan reka bentuk badan TX9 baharu yang inovatif, serta kerusi sifar graviti yang pertama di Malaysia – bertujuan untuk melancarkan aliran darah dan keselesaan pemandu walaupun duduk selama berjam-jam.
Badan bas ini direka oleh TACT Coach Seat & Manufacturing Sdn Bhd yang berpangkalan di Pulau Pinang.
Menurut Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks berkata, casis koc MAN RR5 ini memenuhi semua keperluan Super Nice kerana tahap fleksibiliti, serba boleh, serta tahap kebolehpercayaan yang tinggi.
“Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem keselamatan yang termaju, serta sistem pacuan yang cekap dan menjimatkan.”
Pengerusi Super Nice, Roy Chew berkata bahawa syarikat kini mengendalikan 40 unit koc MAN selepas mengambil alih Zenwan Express, syarikat koc mewah popular yang memberi perkhidmatan untuk laluan Singapura - Melaka - Kuala Lumpur – Ipoh.
“Koc MAN telah terbukti boleh dipercayai dengan masa henti yang minimum dan kos penyelenggaraan yang rendah. Kelebihan ini menggalakkan kami untuk membeli unit-unit tambahan bagi menyokong permintaan yang semakin meningkat bagi perjalanan ke seluruh negara,” beliau berkata.
Bas dan koc MAN juga boleh dispesifikasikan dengan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) yang merangkumi Sistem Brek Elektronik (EBS), Bantuan Brek Assist (EBA), MAN BrakeMatic®, Sistem Pemantuan Lorong (LGS) dan Kawalan Jelajah Adaptif.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web https://www.man.com.my.