MAN Malaysia serah 44 trak TGS 6x4 kepada FGV

oleh Mohamad Hanif|
FGV Holdings Berhad melalui perniagaan logistik dan anak syarikatnya FGV Transport Services Sdn Bhd baru-baru ini memperoleh 44 buah trak MAN TGS 6x4 daripada MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan penambahan terbaharu ini, kumpulan FGV kini memiliki 560  unit trak, di mana 503 unit untuk pengangkutan darat, dan selebihnya untuk pengangkutan kurer.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Mohd Nazrul Izam Mansor berkata, "pembelian ini merupakan sebahagian daripada rancangan dalam mengukuhkan perniagaan di bawah FGV Transport, dengan unjuran pendapatan tambahan sebanyak RM6.5 juta setahun.
 

MAN TGS


Menurut Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O'Brooks menjelaskan ia merupakan tempahan tunggal terbesar untuk MAN Malaysia pada tahun 2021.

"Meskipun dalam situasi pandemik, kami telah berjaya merekrut beberapa pelanggan baharu dalam tempoh 24 bulan yang lalu, dan kami amat berbesar hati kerana FGV Transport merupakan sebahagian daripada pelanggan tersebut.

Trak yang diperoleh FGV Transport merupakan MAN TGS 33.480 6x4 yang dikuasakan oleh nadi diesel MAN D26 dengan kuasa maksimum 480 hp dan daya kilas 2,300 Nm, dipadankan dengan kotak gear TipMatic® 12 nisbah kelajuan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan sebahagian daripada pembelian 10 buah bas MAN, terdiri daripada lima unit dek kembar…
Berita Global
Secara keseluruhan, syarikat itu berjaya menjual sekitar 116,000 unit kenderaan dan 11,600 unit…
Berita Domestik
Kedua-dua pelanggan kali pertama itu merupakan syarikat pengangkutan yang berpangkalan di Johor…