MAN Malaysia pamerkan casis bas elektrik bandar serba baharu

oleh Penyumbang Rencana|
MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) dan Gemilang International Limited (GML) mempamerkan casis MAN eBus buat pertama kali di Malaysia pada majlis pratonton khas untuk pengendali bas dan pegawai kerajaan di ibu pejabat GML bertempat di Senai, Johor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MAN Malaysia bakal menawarkan casis bas elektrik sepenuhnya bersama casis konvensional yang dikuasakan enjin Euro 5 bermula tahun 2023.

Casis MAN eBus ini bakal membantu syarikat MAN Malaysia untuk terus memacu perubahan ke arah e-mobiliti mampan dalam sektor pengangkutan awam Malaysia.

Untuk pasaran Malaysia, casis MAN eBus akan didatangkan sebagai kenderaan dua gandar dengan lantai rendah (LF) yang sesuai digunakan untuk pengangkutan awam bandar.

Casis Man eBus akan menggunakan nadi motor elektrik dengan kuasa 160 kW dan tork maksimum 2100 Nm dipadankan dengan kotak gear kelajuan tunggal.

Casis MAN eBus mempunyai jarak perjalanan sehingga 350 km dengan sekali cas, jarak yang mencukupi untuk digunakan sebagai pengangkutan sekitar bandar.
 

MAN eBus Chassis Components


Ianya dibantu oleh bateri 4 pek 320 kWj atau 6 pek 480 kWj berteknologi NMC (lithium-nikel-mangan-kobalt).

Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks berkata, "Kami merancang untuk memasang casis MAN eBus secara tempatan untuk menjadikan harganya lebih kompetitif bagi mereka yang berminat untuk menyertai kami dalam perjalanan ke arah kemampanan."

"Dengan program pemasangan tempatan (CKD), kami menjangkakan bas elektrik akan mencapai sekurang-kurangnya 20% daripada jualan keseluruhan bas MAN di Malaysia menjelang 2026”

Selain itu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Gemilang International (GML) , Pang Chong Yong berkata, "GML adalah salah satu syarikat pertama di Asia Tenggara yang memasang bas elektrik dan kami berkongsi matlamat yang sama dengan MAN dalam mengurangkan pelepasan karbon."

"Kami komited untuk membangunkan badan bas aluminium yang paling tahan lama, ringan, mesra alam dengan kos efektif bagi casis MAN yang menggunakan teknologi terkini. Selain mempunyai casis sifar pelepasan karbon, penghasilan badan bas berkonsep hijau juga penting dalam mengeluarkan kenderaan mesra alam secara keseluruhan. Bersama-sama, kami berharap dapat meneraju Malaysia dan seluruh rantau ini ke arah masa depan yang lebih bersih, tenang dan selamat,”

Gemilang International Limited (GML) merupakan sebuah syarikat pengeluar bas dan badan bas yang berpangkalan di Malaysia. GML telah menghasilkan peralatan OEM untuk MAN sejak sedekad yang lalu. Sebagai pemenang Anugerah Pembina Badan MAN pada 2013, 2014, 2015, 2017 dan 2019, syarikat itu telah membekalkan lebih daripada 2,500 bas MAN ke pasaran Malaysia dan luar negara seperti Singapura, Hong Kong, Australia, Uzbekistan dan Dubai.

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini ialah untuk menjana penggunaan sawit negara itu dan sejak tahun 2020, Malaysia juga menggunakan…
Pelancaran
eTruck itu sudah hampir siap untuk dihasilkan bagi jualan umum yang bakal bermula dalam tahun 2024…
Berita Global
Rangkaian pengecaj elektrik adalah antara halangan utama untuk mewujudkan penggunaan trak dan bas…