MAN Malaysia lancar trak TGX baharu dengan enjin Euro 5

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pelancaran model TGS beberapa bulan yang lalu, MAN Malaysia baru-baru ini melancarkan sebuah lagi model trak yang mampu memenuhi piawaian emisi Euro 5, iaitu MAN TGX.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Trak tersebut dilancarkan secara rasmi bersempena dengan pembukaan Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2022 tahun ini.

MAN TGX menampilkan rekaan bumbung tinggi, dengan ruang pemandu yang terbesar, dengan ukuran dimensi panjang 2,280 mm, lebar 2,440 mm dan tinggi 2,150 mm.
 

TGX


Rekaan kabin yang luas turut menawarkan ruang simpanan lebih daripada 520 liter, manakala ketinggian berdiri sepanjang 2,100 mm pula memudahkan pergerakan di dalam kabin.

Seperti MAN TGS, MAN TGX turut dikuasakan oleh nadi mesra Euro 5, iaitu enjin diesel MAN D2676 LF08 dengan kuasa maksimum 540 hp, daya kilas 2,500 Nm yang dipadankan dengan transmisi TipMatic 12 nisbah kelajuan.
 

TGX


Kotak gear ini menjanjikan penukaran gear yang lebih lancar, mengurangkan kadar penggunaan bahan api, serta menawarkan keselesaan pemanduan.

Beberapa bulan yang lalu, MAN Malaysia melancarkan trak generasi baharu dengan piawaian emisi Euro 5 sebagai ciri standard, dan permintaan yang tinggi sejak dilancarkan kira-kira empat bulan yang lalu menunjukkan lebih banyak syarikat logistik dan pengangkutan mula sedar akan kepentingan pengurangan pelepasan karbon.

 

TGX


Menurut Pengarah Urusan MAN Malaysia Andrew O'Brooks, "Kami ingin mencabar syarikat pengangkutan di Malaysia untuk turut menyertai perjalanan dan mengambil langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon dengan kadar segera.

"Di Eropah, kenderaan pengangkutan jarak jauh menghasilkan sebanyak 27 peratus gas CO2. Malaysia seharusnya bertindak sekarang untuk mengurangkan jejak karbonnya dan industri kenderaan komersial serta kenderaan perkhidmatan awam boleh memainkan peranan masing-masing dalam menghadapi cabaran alam sekitar ini.

Bertempat di MCVE 2022, MAN Malaysia secara rasmi menandatangani perjanjian jual beli dengan Sea Hawk Global Lines Sdn Bhd, Biforst Logistics Sdn Bhd dan Azmi Gas Sdn Bhd.