MAN Malaysia jemput wakil kerajaan lawat HQ, kilang pemasangan trak

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) mempamerkan kepimpinan apabila secara aktif bertemu dengan pihak berkuasa bagi menangani isu-isu yang dihadapi oleh syarikat pengeluar dan syarikat pengangkutan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Baru-baru ini, seramai 12 orang pegawai daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Puspakom dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah dijemput melawat ibu pejabat MAN Malaysia yang terletak di Rawang, Selangor, serta kilang pemasangan di Serendah.

Menurut pengarah urusan MAN Malaysia, Andrew O'Brooks, "kami amat berbesar hati atas kesudian pihak Kementeraian untuk mendengar dan berinteraksi dengan kami bagi meningkatkan kecekapan proses pendaftaran trak baharu, dan mencari jalan untuk memberi insentif kepada syarikat pengangkutan yang komited untuk mengurangkan pelepasan emisi dengan pembelian trak berspesifikasi Euro 5.
 

MAN


"MAN komited sepenuhnya untuk mengurangkan jejak karbon kami dan pada masa yang sama memberi tumpuan untuk menghasilkan nilai yang mampan untuk tempoh jangka panjang. Ini menjelaskan mengapa kami membuat keputusan yang berani untuk melengkapkan semua produk Trak kami di Malaysia dengan enjin yang mematuhi paras pelepasan Euro 5 mulai tahun 2022.

"Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk diambil dan memerlukan pengorbanan. Walau bagaimanapun, kami dapat melihat manfaat untuk Malaysia dan para pelanggan kami melalui langkah yang kami ambil untuk mengurangkan pelepasan kenderaan di negara ini,” beliau berkata.

Sementara itu, Ketua Delegasi Puan Rosnina Yaacob selaku Timbalan Setiausaha Bahagian I Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa MOT berkata, pihak Kementerian mengalu-alukan inisiatif yang diambil oleh para pengeluar yang dapat membantu pihak kerajaan memahami keperluan masa kini, selain teknologi trak yang digunakan.
 

MAN


“Kementerian akan sentiasa berusaha untuk menyediakan dasar-dasar yang lebih baik bagi membantu industri pengangkutan, terutamanya dalam memendekkan dan mempercepatkan proses permohonan pelbagai permit dan kelulusan.  Kami gembira dapat menyertai sesi lawatan dan dialog antara kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan dengan MAN Malaysia. Sesi yang dianjurkan ini telah memberi manfaat kepada semua pihak,” kata beliau.    

MAN Malaysia merupakan syarikat pengeluar pertama yang menawarkan produk trak dengan enjin spesifikasi Euro 5 untuk pasaran Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan sebahagian daripada pembelian 10 buah bas MAN, terdiri daripada lima unit dek kembar…
Berita Domestik
Acara MANTAP 2023 itu diadakan pada penghujung tahun 2023 di MAN Pelabuhan Klang dan dihadiri…
Berita Domestik
Pembelian terbaharu itu menjadikan MAN sebagai jenama trak utama dalam barisan kenderaan Globonus…