MAN Malaysia beri tumpuan pada pasaran Sarawak

oleh Firdaus Razani|
Sekitar tahun 2005 hingga 2013, Sarawak pernah menjadi salah sebuah negeri yang rancak bagi pasaran Trak MAN di Malaysia, kira-kira hampir 190 trak MAN telah terjual sepanjang tempoh itu.

Baru-baru ini, MAN Malaysia telah berkunjung ke Sarawak dengan lawatan ke Kuching, Bintulu dan Sibu.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Di Kuching, pasukan MAN Malaysia telah membuat kunjungan hormat kepada seorang pelanggan yang pernah memiliki kumpulan trak tugas sederhana/berat MAN CLA.

Kenderaan tersebut kini sudahpun ditamatkan perkhidmatannya selepas mempamerkan prestasi cemerlang selama lebih sedekad.

Salah seorang pemandu yang ditugaskan untuk mengendali MAN CLA berkongsi rasa kagumnya dengan kuasa menarik trak yang hebat di jalan berbukit walaupun dengan enjin kecil bersaiz 6.8 liter.

 

man

 

MAN Malaysia juga telah memeriksa MAN TGM 18.280 4x4 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang digunakan terutamanya untuk misi menyelamat.

Pada sebelah malamnya, mereka mengadakan majlis makan malam untuk ahli-ahli Persatuan Pengangkutan Lori Sarawak yang berusia 40 tahun.

Pertemuan mesra itu memberikan pandangan berharga tentang keperluan jentera pengangkut di sana yang pada masa ini kebanyakannya mengendalikan trak buatan Jepun dan China.

 

man

 

Keesokan harinya, pasukan tersebut terbang ke Bintulu di mana mereka berpeluang untuk berhubung semula dengan beberapa bekas pelanggan.

Mereka juga turut menemui presiden Persatuan Lori Persekutuan Sarawak.

Pada hari ketiga, pasukan MAN Malaysia memandu selama tiga jam di Lebuhraya Pan Borneo baharu dari Bintulu ke Sibu.

Persinggahan di bandar tepi pantai Mukah membolehkan pasukan memeriksa beberapa buah trak MAN TGA 33.400 6x4 dan MAN TGS 33.440 6x4 yang berusia hampir sedekad.

Walaupun trak tersebut telah hampir 10 tahun, ia masih digunakan untuk mengangkut arang batu dari lombong bawah tanah ke stesen jana kuasa di daerah yang sama.

 

man

 

Di Sibu, sejurus sebelum terbang pulang ke Kuala Lumpur, pasukan itu membuat kunjungan hormat kepada pelanggan yang telah melawat MAN Pavilion semasa MCVE 2024.

Pengarah Urusan MAN Malaysia Andrew O’Brooks, meluahkan “Kami teruja dengan maklum balas daripada pasaran Sarawak.  Mereka yang pernah mengendalikan Trak MAN sebelum ini mempunyai banyak pengalaman positif dengan kuasa dan ketahanan produk kami.

Ada juga yang menyatakan minat terhadap ciri peneraju kelas bagi Trak MAN berkuasa Euro V baharu kami,”

Trak MAN dengan enjin Euro V mendahului dalam orientasi pemandu, kecekapan bahan api, sistem bantuan, rangkaian digital dan terutamanya kemampanan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MAN Malaysia bakal menawarkan casis bas elektrik sepenuhnya bersama casis konvensional yang…
Berita Domestik
Ini ialah untuk menjana penggunaan sawit negara itu dan sejak tahun 2020, Malaysia juga menggunakan…
Pelancaran
eTruck itu sudah hampir siap untuk dihasilkan bagi jualan umum yang bakal bermula dalam tahun 2024…