MAM setuju bantu Karamjit anjur klinik rali

oleh SALINA JALIL|
Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) bersetuju mengadakan kerjasama dengan bekas pelumba, Karamjit Singh bagi menganjurkan klinik rali susulan pertemuan kedua-dua pihak semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Dalam pertemuan bagi mengetahui permasalah sebenar dihadapi legenda rali negara itu, MAM bersedia untuk bersama-sama Karamjit mengadakan program itu pada masa depan yang secara tidak langsung dapat memperkembang dan merancakkan semula sukan berkenaan di Malaysia.

 

"Semalam, MAM sudah berjumpa dengan Karamjit Singh," kata Setiausaha Agung MAM, Muizz Azli. "Perbincangan berkenaan dunia permotoran terutama rali dan bagaimana atlet seperti Karamjit dapat memberi sumbangan kepada sukan rali.

 

"Justeru, MAM dengan Karamjit akan bekerjasama untuk mengadakan klinik rali seperti 'Arrive and Drive'. Klinik rali ini adalah satu kesinambungan daripada program 'Introduction to Rally' yang diadakan ketika kejuaraan EWC-WTCR pada tahun lalu."

 

Karamjit atau dikenali sebagai 'Flying Sikh' sebelum ini dijemput Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selepas media melaporkan juara dunia itu menjual kereta kesayangannya untuk mendapatkan modal membeli kereta baharu dalam usaha bekerja sebagai pemandu Grab untuk meneruskan kehidupan.

 

Hasil pertemuan itu, Reezal bersetuju membantu Karamjit meneruskan kariernya sebagai pelumba rali dengan mencari sumber penajaan bagi penyertaan di Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) tahun depan.

 

Karamjit memaklumkan dia memerlukan kira-kira RM3 juta untuk menyertai lapan siri perlumbaan APRC tahun depan dengan menggunakan kereta Proton Iriz R5.

 

Semalam Careta telah membawa laporan berkenaan Karamjit Singh mungkin akan dapat memandu Proton Iriz R5 Rally yang dibina oleh Mellors Motorsport yang berpengkalan di UK untuk kejuaraan rali tahun hadapan sekiranya beliau mendapat tajaan yang mencukupi.

 

Laporan dari Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia akan mengembalikan memori ketika pelumba rali Malaysia, Karamjit Singh yang mencipta sejarah…
Berita Global
Kini, perincian berkenaan SUV rali itu telah didedahkan sepenuhnya oleh Ford, di mana ia membawakan…
Sukan Bermotor
Subaru Motorsports USA baru-baru ini memperlihatkan jentera ampuh yang bakal digunakan untuk musim…