Dianjurkan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), program selama tiga hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu menawarkan pelbagai acara untuk memperhebat lagi kegiatan pembangunan di peringkat tempatan.
Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata program ini sangat penting untuk mencungkil bakat masa hadapan dan membangunkan budaya yang betul bagi sukan permotoran sekaligus memenuhi tanggungjawab yang dipikul MAM.
Tujuh disiplin permotoran yang akan berlangsung adalah aksi pecut dan slalom go-kart, rali, gymkhana kereta dan motorsikal, sukan elektronik dan ‘pocket bike’ selain ‘push bike’ yang menjadi acara demo.
Antara objektif utama adalah memperbesarkan lagi kumpulan berbakat dan peserta sukan permotoran dua dan empat roda tanah air.
Bacaan selanjutnya di BuletinTV3