MAM anjur perlumbaan maya sempena sambutan Merdeka ke-64

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sambutan kemerdekaan yang ke-64, Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) dengan kerjasama MSF, RaceRoom dan Adrenaline Impact akan menganjurkan perlumbaan maya MAM Merdeka Virtual Race.

Peserta boleh menyertai mana-mana tiga platform e-perlumbaan seperti iRacing, Gran Turismo Sport dan Raceroom, di mana pusingan kelayakan akan dibuat bermula 3 hingga 29 Ogos 2021.

MAM juga turut bekerjasama dengan penyedia insurans dan takaful terkemuka, Etiqa sebagai penaja utama sementara Hi-Rev pula bertindak sebagai penaja Emas.

Menurut presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir berkata, "dengan kejayaan penganjuran Lockdown Virtual Championship yang melibatkan seramai 210 orang tahun lalu, kami menjangkakan MAM Merdeka Virtual Race bakal menarik lebih ramai peserta yang berbakat.

Pusingan akhir perlumbaan di platform iRacing akan dibuat pada 30 Ogos ini, sementara pusingan akhir platform Gran Turismo Sport dan RaceRoom akan dibuat pada 31 Ogos 2021.

Selain daripada perlumbaan maya, para peserta juga boleh mendapat peluang untuk menajamkan lagi skill pemanduan maya menerusi Virtual Racer Clinic yang akan dianjurkan pada 14 Ogos ini.

Kelas selama tiga jam itu akan dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Split Second Advanced Driving (SSAD), iaitu Rashid Ramlan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MAM di www.mam.org.my atau menghubungi ketua bahagian komunikasi MAM, Nor Lina Ayob di [email protected]

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Mahathir menyokong penuh pengumuman yang dianggap tepat pada masanya…