Malindo Air hentikan perkhidmatan 2,200 kakitangan

oleh SALINA JALIL|
Kakitangan Malindo Airways Sdn Bhd yang telah ditamatkan perkhidmatan secara rasmi menjadi trending di Twitter semalam.


Ramai daripada bekas kakitangan syarikat penerbangan itu meluahkan rasa sedih mereka selepas perkhidmatan mereka berakhir secara rasmi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Dengan menggunakan tangga pagar #Malindo antara yang mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat itu terdiri daripada juruterbang, jurutera dan kru kabin.
 

Pada 12 Oktober lalu, media melaporkan Malindo telah mengambil langkah pengurangan pekerja ekoran pandemik Covid-19.

Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrid itu dikatakan memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih daripada separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya.

Syarikat penerbangan itu juga mengurangkan jumlah pesawatnya kepada lima pesawat Boeing 737 dan enam turboprop ATR.

Proses pemberhentian kerja kakitangan yang terbabit dijangka selesai pada 30 November depan manakala kakitangan yang tidak terjejas diperlukan melakukan pelbagai tugasan.
 

 

Pada 9 Oktober lalu, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd mengesahkan pemberhentian sebanyak 10 peratus daripada 24,000 kakitangan mereka untuk kelangsungan dalam industri penerbangan yang terjejas teruk kerana krisis Covid-19.

 

Langkah pemberhentian kerja itu harus dilakukan memandangkan realiti sektor penerbangan yang menghadapi kesukaran untuk pulih dalam masa terdekat.

 

Pada hari yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAS) Kapten Izham Ismail dilaporkan berkata syarikat penerbangan premium itu akan memotong gaji pengurusan kanannya sebanyak 10 peratus mulai bulan ini.


 

 

SH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Astro Awani, dua penerbangan itu telah pun dijadualkan semula, dan Prosedur Operasi…
Berita Domestik
Berdasarkan laporan daripada Sinar Harian, pihak Malindo Air akan menghubungi semua penumpang yang…
Informasi
  Sehingga kini, Malindo Air beroperasi secara dua penerbangan harian antara Langkawi dan Subang…