Malaysia, Turki bangunkan supercar pula

oleh Mohamad Hanif|
Menurut laporan daripada Bernama, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu Malaysia menjalinkan kerjasama dengan syarikat Turki untuk membangunkan supercar bagi merancakkan industri automotif negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Katanya beliau telah lama melihat keupayaan yang ada pada syarikat dari Turki itu, namun hanya sekarang perkara itu boleh dilaksanakan.

"Saya sedar kebolehan mereka. Tetapi tiada tindakan susulan waktu itu kerana semasa saya ada maklumat berkenaannya, saya bukan Perdana Menteri, jadi terganggu sikit nak kemajuannya.

"Dan sekarang, mereka sedia berkerjasama.., bukan sahaja kereta seperti itu (super car) bahkan kereta-kereta lain," katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasmi beliau ke Turki, di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di sini pada Sabtu.

Dr Mahathir tiba di Ankara, ibu negara Turki, pada Rabu untuk lawatan empat hari, dan berada di sini sejak Jumaat.

Selain itu, Dr Mahathir berkata pertemuan beliau dengan ahli perniagaan Turki di sini pada Jumaat juga menghasilkan peluang yang baik untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan hab peniagaan di Asia Tenggara dan negara-negara lain. - BERNAMA

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan yang berlangsung pada 20 dan 21 April lalu, telah menyaksikan pemandu pasukan Ng Aik Sha…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Berita Global
Rancangan tersebut adalah untuk mempercepatkan usahanya untuk ke pasaran global yang menyasarkan…