Malaysia, Thailand setuju buka sempadan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Malaysia dan Thailand bersetuju supaya perbincangan di peringkat agensi dapat digiatkan untuk membuka semula sempadan dalam masa terdekat melalui skim Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) bagi Malaysia atau Test & Go bagi Thailand.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau sudah berbincang dengan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha mengenai keperluan membenarkan semula aktiviti rentas sempadan antara kedua-dua negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, sebagai permulaan, ia boleh dilaksanakan dengan VTL-Udara di antara Kuala Lumpur dan Krung Thep Maha Nakhon (Bangkok) bagi pengembara yang lengkap vaksinasi.

 

"Kita juga akan mempertimbangkan untuk menambah destinasi yang lain di masa akan datang.

"Skim VTL juga akan diperkembangkan untuk pembukaan sempadan darat melalui Bukit Kayu Hitam-Sadao serta termasuk semua Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di utara Semenanjung dan selatan Thailand serta VTL-Laut di antara Langkawi-Satun," katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Prayuth di Rumah Kerajaan, Thailand, semalam.

 

Ismail Sabri berkata, ini sudah tentu akan dapat membantu memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan di antara kedua-dua pihak terutamanya sektor pelancongan.

 

"Kami juga berbincang mengenai projek kesalinghubungan Malaysia-Thailand iaitu pembinaan Jajaran Jalan Menghubungkan Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao.

 

"Selain itu, pembinaan jambatan persahabatan kedua merentasi Rantau Panjang-Sungai Golok, dan jambatan baharu untuk Pengkalan Kubor-Tak Bai disegerakan," katanya.

 

Beliau berkata, mereka berdua bersetuju supaya agensi berkaitan dapat menyegerakan pembinaan projek itu bagi kelancaran pergerakan rakyat dan barang di antara kedua-dua negara.

 

"Kami juga mengulangi komitmen meningkatkan kerjasama Malaysia dan Thailand di bawah kerangka IMT-GT terutamanya, melalui pelaksanaan Projek Kesalinghubungan Fizikal (PCP) dan kepentingan kerjasama dalam Pertanian dan Industri Asas Tani, Pelancongan serta Produk dan Perkhidmatan Halal bagi merealisasikan Wawasan IMT-GT 2036," katanya.

 

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
Selain itu juga, penutupan jejantas itu juga adalah untuk memberi laluan kepada kerja naiktaraf…
Berita Domestik
Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, pihaknya telah menyita anggaran 425 liter minyak…
Berita Domestik
"Tiga inisiatif baharu itu pula membabitkan tambahan 77 MBIKE (Sistem Kawalan Sempadan Automatik)…