Malaysia sasar jadi hab pengeluaran sel bateri serantau ASEAN

oleh Mohamad Hanif|
Menjadi pengeluar sel bateri lithium-ion jenis 18650 - saiz sel bateri yang digunakan untuk kenderaan elektrik - antara fokus utama sektor automotif Malaysia pada tahun 2019.

Menurut CEO Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Dato' Madani Sahari berkata, kajian terperinci bagi melaksanakan projek ini sedang dijalankan bersama-sama syarikat pengeluar tempatan. 

Manakala pelaksanaan serta pembangunan kilang pengeluaran tersebut dijangka akan siap dalam tempoh 12 bulan sebelum pengeluaran pertama sel bateri jenis 18650 itu dimulakan.

Tidak mendedahkan syarikat tempatan yang terlibat, namun idea di sebalik ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluar bateri lithium-ion untuk rantau ASEAN, malah mewujudkan peluang terhadap permintaan pasaran yang lebih besar.
 


Tambah beliau, sel bateri lithium-ion tidak terbatas kepada kenderaan elektrik (bas dan kereta EV), malah ia juga boleh berfungsi sebagai storan tenaga solar. 

Storan tenaga ini amat penting untuk kegunaan di kawasan pedalaman terutama di Malaysia Timur di mana akses kepada tenaga elektrik masih lagi terhad. 

Antara fokus lain yang disentuh ialah pembangunan Akademi Industri 4.0 bagi menyediakan peluang pembelajaran, selain membentuk Satelit MARii atau Centres of Competency yang terletak di Kota Kinabalu, Langkawi, UiTM Shah Alam, UPM Serdang, UKM Bangi dan UCTS Sibu. 
 


Berikut merupakan ringkasan pencapaian sektor automotif bagi tahun 2018:


Secara keseluruhannya, pasaran eksport komponen dan alat ganti menunjukkan peningkatan, dengan nilai sebanyak RM12.1 billion

Manakala eksport kenderaan pula mencecah paras RM2 billion buat pertama kalinya setelah mencatatkan penurunan tahun lalu. 

Sejak tahun 2016, sektor pembuatan semula alat ganti dan komponen mencatatkan kadar kenaikan yang stabil dari tahun ke tahun.

Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dan Jumlah Keseluruhan Produksi (TPV) masing-masing mencatatkan kenaikan kepada 603,664 dan 572,471. 

Lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan, terima kasih kepada program pembangunan modal insan yang dijalankan seperti Industry Professional Certificate (IPC) dan Automotive Industry Certified Engineer (AICE).

Pembangunan tenaga mahir menerusi Industri 4.0 merupakan kunci utama bagi MITI dan MARii yang memberikan manfaat kepada lebih dua ribu peserta daripada pelbagai bidang.

Kadar penembusan EEV ke dalam pasaran Malaysia kini melebihi sasaran yang ditetapkan tahun lalu, iaitu sebanyak 62%.

Ini menunjukkan peningkatan minat umum terhadap kenderaan jimat bahan api, jimat tenaga serta kurang pelepasan emisi karbon, menerusi program yang dianjurkan seperti Malaysia AutoShow

Pelbagai program strategik dianjurkan bersama syarikat automotif tempatan, Proton dan Perodua dalam usaha untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, selaras dengan Industri 4.0.
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Edisi sulung Robotex yang dianjurkan oleh One Robotex Sdn Bhd dengan kerjasama MARii ini telah…
Berita Domestik
Forum tersebut dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato' Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha MITI yang…
Berita Domestik
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah menandatangani perjanjian persefahaman (…