Malaysia perlu contohi caj kesesakan di Singapura atas masalah lalu lintas

oleh Mohamad Hanif|
Malaysia memerlukan satu mekanisme untuk mengatur kesesakan jalan raya dari segi titik pencetus, sistem, aliran maklumat dan pengenaan levi kesesakan untuk mengubah tingkah laku pemanduan di jalan raya , kata Presiden Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) Datuk Azman Ismail
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Ini akan menggalakkan orang ramai menggunakan mod pengangkutan awam alternatif untuk sampai ke destinasi mereka,“ katanya sambil menambah di Singapura mereka memperkenalkan caj jalan bagi menangani kesesakan lalu lintas di negara kepulauan itu dan ini mungkin boleh dicontohi.

Azman berkata pihaknya akan mengkaji sistem berkenaan dan akan membawa kepada pihak kerajaan untuk dipertimbangkan bagi membolehkan pelaksanaannya dilakukan.

"Kita akan kaji dahulu dan kita akan bawa perkara ini untuk pertimbangan pihak kerajaan supaya konsepnya boleh dilaksanakan. Ia adalah cadangan dari pihak industri sendiri," katanya kepada Bernama di akhir Persidangan Konsesi Lebuh Raya 2019 di George Town.

Persidangan berkenaan dianjurkan Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dengan kerjasama Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia.
 


Mengulas mengenai persidangan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam Azman berkata terdapat banyak perkara baharu dapat dimanfaatkan oleh pemain industri berkenaan.

"Ia memberikan satu nafas baru tentang apa-apa perkara yang kita (industri) hadapi, bagaimana negara-negara lain mengatasinya selain mendapat pencerahan tentang pelbagai konsep yang boleh dilakukan. Persidangan ini dapat membuka minda untuk menggunakan cara-cara yang lebih berinovatif," katanya.

Persidangan itu bertujuan untuk berkongsi aspirasi, pengalaman dan idea terhadap isu serta cabaran semasa yang dihadapi dalam industri lebuh raya bertol di Malaysia terutamanya berkaitan dengan aspek kewangan, operasi dan penyenggaraan lebuh raya.

Azman, yang juga Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad berkata berkata pihak pengurusan baharu syarikat telah memperkenalkan beberapa perubahan dengan menggunakan teknologi dan melaksanakan transformasi digital untuk menangani cabaran dan halangan yang wujud selama ini untuk mendapatkan situasi yang lebih baik di PLUS.

"Inisiatif-inisiatif ini akan meningkatkan keselamatan para pelanggan lebuhraya dan produktiviti kakitangan, yang secara langsung dapat mengurangkan kos." katanya.

Pada persidangan itu, LLM turut memberi pengiktirafan dan penganugerahan kepada penggiat industri lebuh raya bertol di Malaysia yang telah melaksanakan projek-projek pendigitalan lebuh raya yang lebih inovatif menerusi penyampaian Anugerah Kecemerlangan Digitalisasi Lebuh Raya (HDEA).

- Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan insideevs, Tesla telah mula melancarkan "yuran kesesakan" dengan kadar USD1 (RM4.67…
Berita Global
Menurut laporan, pihak penggubal undang-undang telah pun meluluskan penetapan harga caj kesesakan…
Berita Domestik
Untuk mengatasi masalah tersebut, kita sememangnya sudah perlu mula memperkenalkan kaedah bayaran…