Malaysia patut ikut Indonesia sekat Israel dari guna ruang udara negara - Kapten Nik Huzlan

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan Malaysia sebenarnya boleh memilih untuk tidak membenarkan pesawat Israel dari menggunakan laluan udara kita atas alasan tidak menyokong tindakan negara Zionis itu terhadap Palestin.

Menurut Kapten Datuk Niz Huzlan Nik Hussain yang Careta hubungi, walaupun Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak kerajaan mengambil maklum penggunaan ruang udara negara oleh pesawat awam milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) dari Republik Maldives ke Singapura pada 19 Mei 2021 jam 2.25 pagi, Malaysia boleh sahaja tidak meluluskan permintaan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
route indonesia

 

"Sebenarnya, jalan udara paling dekat untuk ke Singapura jika dari Male, Maldives ialah merentasi Sumatera," ujar Kapten Nik Huzlan.

"Tetapi saya syak kerajaan Indonesia tidak membenarkan pesawat Israel itu melalui ruang udaranya," sambungnya.

"Malah pada awal tahun 2017, bekas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang hendak ke Sydney dari Singapura terpaksa melalui laluan alternatif yang lebih jauh."

 

 

"Pesawat Netanyahu terpaksa terbang ke utara arah Filipina, dan kemudian masuk ke Papua New Guinea sebelum mendarat di Sydney kerana Indonesia tidak membenarkan pesawatnya melalui kawasan udara negara itu," bekas ketua juruterbang itu membongkar sejarah dunia penerbangan di rantau ini.

"Alternatif kedua untuk pesawat Israel dari Maldives itu ke Singapura ialah melalui Malaysia, seperti apa yang berlaku dan sekiranya kita menolak, pesawat itu masih boleh ke Singapura melalui Thailand, Kemboja, turun ke Laut China Selatan dan seterusnya tiba di Singapura."

"Namun begitu, jika Malaysia dan Indonesia tidak membenarkan Israel melalui ruang angkasa kedua negara Islam itu, memang akan menjadi satu masalah untuk sebarang pesawat negara Zionis untuk sampai ke Singapura," dedahnya lagi. 

 

 

"Ini ialah kerana walaupun Laut China Selatan itu adalah perairan negara, ruang udara di lautan itu dikawal selia oleh kerajaan Singapura sejak tahun 1974 lagi," anak kelahiran Kelantan itu yang terus membongkar isu tersebut.

"Negara kita memang membenarkan Singapura untuk menguruskan ruang udara di kawasan besar itu melalui satu persefahaman yang ditanda-tangani pada tahun 1974, tetapi ia tidak bermakna Singapura boleh terus menguruskan ruang itu sehingga kiamat," ujar beliau lagi.

Kapten Nik Huzlan kemudian menambah bahawa mantan Menteri Pengangkutan dahulu, Anthony Loke Siew Fook pernah memulakan langkah-langkah untuk Malaysia mengambil balik pengurusan ruang udara itu pada tahun 2018 dan urusan itu sepatutnya selesai menjelang 2023.

 

 

"Ia penting kerana ia menganggu pembangunan selatan Johor jika kita tidak ada kawalan ke atas ruang udara negara kita sendiri."

"Sehingga sekarang, pesawat Malaysia yang mahu terbang dari Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak dan sebaliknya perlu meminta kebenaran Singapura untuk melalui ruang udara negara sendiri," terang Kapten Nik Huzlan dengan nada kesal.

"Seksyen di Laut China Selatan ini ialah laluan udara ketiga paling sibuk di dunia kerana lebih kurang 20 syarikat penerbangan yang menggunakannya," katanya lagi.

 

 

Beliau juga menambah bahawa kerana isu Covid-19 yang masih belum selesai lagi di Asean, ruang udara ini menjadi lengang.

Sehingga kini, masih tidak ada kesinambungan akan usaha mengambil balik urusan ruang udara negara dari Singapura. 

Apa yang berlaku sebaliknya ialah Malaysia masih berbaik hati sehingga membenarkan sebuah pesawat Israel untuk "menumpang" lalu. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
1. Berdasarkan nombor pendaftaran pada badan kapal terbang tersebut, ia bukannya sebuah kapal…
Sukan Bermotor
  Perlumbaan yang berlangsung di Janda Baik dan meliputi 60 km diakui sebagai antara perlumbaan…