Malaysia negara ketiga di dunia tawar khidmat "fitting" untuk helmet Shoei

oleh HEZERI SAMSURI|
Malaysia menjadi negara ketiga selepas Jepun dan Netherlands untuk menawarkan program PFS (Personal Fitting System) untuk helmet keluaran Shoei.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Makito Ogawa (gambar di bawah), Timbalan Pengurus untuk Jabatan Perancangan Produk Shoei yang berkunjung ke GoMoto Xperience Lab di Petaling Jaya hari ini, perkhidmatan sistem penyesuaian saiz helmet itu telah ditawarkan di Jepun hampir sedekad yang lalu tetapi hanya baru-baru ini mula ditawarkan di negara-negara yang lain.

Malaysia dipilih kerana Shoei menerima kerjasama yang baik dari pengimport dan pengedar rasminya, Sinar Puncak Sdn Bhd. 

Buat masa sekarang, Malaysia mempunyai hampir 10 pengedar yang menerima latihan untuk menawarkan PFS kepada pelanggan mereka yang membeli helmet Shoei.

 

 

Makito menerangkan perkhidmatan PFS sangat penting kerana saiz kepala manusia berbeza-beza.

"Saiz biasa helmet yang ditawarkan di dalam pasaran hanya untuk ukur lilit kepala. Ini tidak mencukupi kerana bentuk kepala berbeza dari pelbagai segi - ada yang bujur, ada yang lebih bulat dan ada yang lonjong," terang beliau kepada Careta.

Alat pengukur PFS yang digunakan akan mengukur bukan setakat ukur lilit kepada, tetapi ketinggian dari telinga ke atas kepala dan dari dahi ke belakang kepala.

Ukuran yang lengkap itu akan membantu juruteknik PFS terlatih untuk menentukan saiz helmet yang tepat dan kemudian lapisan span yang perlu diletakkan di kawasan-kawasan tertentu dalam helmet.

Span yang digunakan pula datang dalam pelbagai ketebalan dan kekenyalan, bergantung kepada ruang yang perlu dipenuhi.

 

 

Juruteknik PFS juga akan menerangkan cara pemakaian helmet yang tepat agar pengguna akan merasa lebih selesa dan paling penting, helmet mampu memberikan perlindungan maksimum bila diperlukan.

"Pengguna yang botak atau pengguna yang memakai pelindung kepala atau balaclava juga berbeza kerana perbezaan antara satu hingga dua milimeter sudah cukup untuk membuatkan helmet itu tidak selesa," terang Makito.

Cengkerang helmet pula sebenarnya berbeza mengikut model-model Shoei. Coontohnya, cengkerang atau "shell" saiz S dan M mungkin sama. Saiz XL dan XXL juga mungkin sama tetapi yang berbeza ialah ketebalan pelapik span dan di dalam.

"Perkhidmatan PFS ini ialah satu ciri-ciri keselamatan aktif untuk Shoei kerana helmet yang sesuai akan mengurangkan risiko kemalangan. Helmet yang tidak selesa akan mengganggu konsentrasi penunggang," ujarnya lagi.

 

 

Shoei telah mendaftarkan hakcipta alat pengukur kepala PFS itu dan ia adalah satu-satunya jenama helmet yang mempunyai sistem padanan saiz helmet paling lengkap.

Makito juga menerangkan bahawa terdapat 120 pengedar Shoei dengan sijil latihan PFS di Jepun.

"PFS sudah menjadi satu tarikan untuk pembeli kerana lebih dari 50 peratus jualan helmet Shoei di Jepun ialah dari pengedar-pengedar terlatih dalam sistem PFS.

Shoei sekarang giat dalam memberikan latihan kepada pengedar-pengedar helmetnya di seluruh dunia untuk sistem ini," kata Makito.

Untuk info lanjut berkaitan pengedar-pengedar sah Shoei di Malaysia, anda boleh ke halaman web ini: https://linktr.ee/shoeimalaysia

Buat masa sekarang, khidmat PFS ditawarkan percuma kepada semua pemilik helmet Shoei di Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan minggu lalu, pengguna motosikal hanya dibenarkan menggunakan topi keledar jenis…
Berita Domestik
Ini merupakan satu berita baik di mana anda kini boleh mendapatkan topi keledar Gracshaw edisi…
Pelancaran
Seramai 100 orang pemilik pertama Shoei X-Fifteen telah dijemput menghadiri acara pratonton…