Malaysia masih memiliki harga petrol terendah di rantau Asia - Picodi Analysis

oleh Mohamad Hanif|
Harga bahan api di Malaysia masih lagi diiktiraf sebagai harga jualan yang paling rendah di rantau Asia, di mana harga purata satu liter adalah sekitar US$0.49 (RM2.05).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, dengan gaji bulanan yang anda terima, berapa banyak pula liter bahan api yang mampu anda beli? 

Kajian Picodi Analysis mempunyai jawapan tersendiri, apabila mereka menggandingkan jumlah gaji purata yang diterima dengan harga bahan api yang dijual di negara-negara rantau ini.
 

 

 


Menggunakan data yang diperoleh daripada globalpetrolprices.com,  antara tempat termahal untuk anda isi bahan api adalah di Hong Kong, dengan harga purata per liter sekitar US$2.15 (RM8.85). 

Di tangga kelima dengan purata gaji bulanan sebanyak US$843 (RM3,494), rakyat Malaysia dikatakan mampu membeli 1,707 liter bahan api, manakala rakyat Australia pula memiliki nisbah gaji dan harga bahan api yang terbaik - dengan gaji purata US$3,682 (RM15,153), mereka boleh membeli 3,783 liter petrol pada harga US$0.97 (RM3.99) seliter. 

Jepun pula di tangga kedua, dengan 2,006 liter manakala Korea Selatan pula di tangga ketiga, iaitu 1,908 liter. 

Menariknya, daripada 17 negara yang dikaji, Singapura hanya menduduki satu tangga di bawah Malaysia dengan kadar belian petrol 1,598 liter. 

Ingin tahu negara mana yang terendah? Filipina dengan hanya 158 liter sahaja berdasarkan gaji purata PHP 8,419 (RM677) dan harga bahan api PHP 53.31 (RM4.29) per liter. 
 

 

 


Selain daripada 17 buah negara, Picodi Analysis turut menyertakan lebih daripada 100 buah negara di dalam kajian mereka. 

Berdasarkan pemerhatian, Venezuela (yang sering dikaitkan dengan harga petrol paling rendah) mampu memberikan anda lebih 14 billion liter bahan api dengan gaji bulanan purata US$29 (RM119) sahaja. 

Ini kerana harga jualan bahan api di sana hanyalah sekitar  US$0.000000002 (RM0.0000000082) per liter.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh menggunakan gambar interaktif yang disediakan oleh Picodi Analysis. 

Sumber: Picodi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganalisis PublicInvest Research, Sabrina Edora, berkata harga sebenar RON95 dijangka mencecah…
Berita Global
  Menteri Tenaga, Arifin Tasrif berkata, harga petrol bersubsidi dinaikkan kepada 10,000 rupiah (…
Berita Global
Menurut laporan daripada WISN 12 News, pasukan undang-undang Woodman's menyatakan apa yang…