Malaysia mampu menjadi hab kereta api untuk rantau Asean

oleh Mohamad Hanif|
Malaysia mampu berpotensi menjadi hab utama industri pembuatan dan pemasangan kereta api untuk pasaran serantau Asean.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, idea tersebut boleh direalisasikan sekiranya syarikat pembuatan kereta api terbesar dari China, China Railway Rolling Stock (CRRC) sedia melanjutkan pelaburannya di Malaysia.

Ketika ini, kapasiti pemasangan yang dimiliki oleh CRRC mampu mencapai 200 train car setahun untuk pasaran di dalam negara sahaja. 

Tambah beliau, dengan pelaburan tambahan tersebut, ia dapat meningkatkan lagi kapasiti pemasangan, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai hab utama kereta api bagi pasaran Asean. 

Beliau berkata demikian dalam lawatan kerjanya bersama Duta Besar China di Malaysia, Bai Tian di CRRC Rolling Stock Center (Malaysia) Sdn Bhd. 
 


Kerjasama yang terbentuk itu berjaya membentuk peluang pekerjaan selain menggalakkan pemindahan teknologi dan perolehan tempatan. 

Industri kereta api mempunyai pasaran yang luas, terutama di negara-negara yang membangun seperti bandar besar Bangkok dan Jakarta. 

"Selain daripada lokomotif dan kereta api kargo, kereta api urban turut menjadi pilihan seperti transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT) dan metro," tambah beliau. 
 


Sementara itu, Bai Tian berkata, CRRC merupakan projek kerjasama paling berjaya antara kedua negara Malaysia dan China. 

Menurut beliau, "kedua-dua ini mempunyai visi yang sama untuk meneroka pasaran Asean dalam pembuatan dan pembekalan peralatan kereta api.

"Saya percaya syarikat Malaysia dan China berpotensi besar dan perdagangan dua hala ini akan mengorak langkah dengan lebih jauh.

CRRC Rolling Stock Center ditubuhkan pada tahun 2015 dengan kos awalan sebanyak RM400 juta dan kini menjadi satu-satunya pusat pembuatan kereta api Asean di negara ini. 

Sumber gambar: The Malay Mail.