Malaysia laksana lesen memandu & cukai jalan digital - untuk kenderaan persendirian sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Pengangkutan Malaysia akan melaksanakan langkah digitalisasi dengan memperkenalkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian versi digital.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Bermula 10 Februari 2023, pemilik kenderaan (tertakluk kepada kenderaan persendirian sahaja buat masa ini) boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) menerusi Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ.
 

lesen


Selaras dengan pelaksanaan terbaharu ini, peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) di mana “setiap LKM hendaklah dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan yang berkenaan” tidak lagi akan dikuatkuasakan bagi kategori pemilik di bawah fasa pertama.

Pengecualian ini akan diwartakan di bawah kuasa yang diberi kepada Menteri Pengangkutan di bawah Seksyen 127 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Namun, sepanjang tempoh pelaksanaan fasa pertama ini, golongan berikut masih lagi diwajibkan mempamerkan LKM dan kad LMM:
 

wajib


Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif ini akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuklah motosikal (warganegara) untuk menilai tahap penerimaan dan kebolehlaksanaan sebelum diperluaskan pada masa hadapan.

Jelasnya lagi, pemilik juga boleh memilih untuk mengekalkan amalan memaparkan LKM fizikal dan menggunakan kad fizikal LMM sepanjang tempoh pelaksanaan.
 

lesen


Aplikasi mudah alih MyJPJ itu boleh dimuat turun menerusi Apple App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Dalam tempoh itu, kesesakan aliran trafik dijangka tertumpu di lebuh raya utama dan jalan…
Berita Domestik
“Siasatan masih dijalankan dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kami sedang mengenal…
Berita Domestik
"Pengecualian ini diperkenalkan melalui konsep deklarasi kendiri bagi lima item pemeriksaan yang…