Malaysia jalin MoU dengan rakan kongsi Korea Selatan, KIRIA - fokus kepada kolaborasi teknologi robotik

oleh Mohamad Hanif|

Pada acara Malaysia Autoshow yang berlangsung minggu lalu, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Korea Institute for Robot Industry Advancement (KIRIA) dalam usaha untuk memaju pembangunan industri robotik Malaysia. 

MoU ini menekankan pemindahan teknologi antara kedua-dua belah pihak, disamping implementasi penyelesaian bagi memenuhi keperluan perniagaan di dalam industri tempatan. 

Menerusi perjanjian ini juga, MARii dan KIRIA akan berkolaborasi membentuk model pembangunan produktiviti dan kapasiti berdasarkan permintaan industri seperti penambahbaikan produktiviti, peningkatan kualiti dan pembangunan bakat terutama di dalam teknologi robotik, serta bidang yang berkaitan. 

Pemilihan rakan kongsi dari Korea Selatan dilihat bertepatan sebagai satu contoh terbaik memandangkan Korea Selatan kini antara negara yang mempunyai perkembangan industri paling pesat membangun, terutama di dalam sektor automotif. 

Ini boleh dilihat menerusi jenama-jenama besar dunia seperti Kia, Samsung, Hyundai dan banyak lagi jenama yang berdaya saing lahir hasil daripada adaptasi dan implementasi teknologi terkini. 

Menurut Dato' Madani Sahari, CEO MARii berkata, "MoU ini bakal mencipta lebih banyak peluang buat perniagaan tempatan untuk mempelajari lebih banyak perkara daripada rakan kongsi Korea."
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Perkhidmatan swasta seperti scrut.my itu adalah dibuat secara sukarela oleh pembeli atau peniaga…
Berita Domestik
Minggu lalu, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah melancarkan kempen Pemandu…
Berita Domestik
Malaysia Autoshow 2019 kembali lagi menyemarakkan industri automotif Malaysia dengan membawakan…