Malaysia Commercial Vehicle Expo 2019 pamer masa hadapan sistem pengangkutan Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ekspo terbesar kenderaan-kenderaan komersil di Asia Tenggara, Malaysia Commercial Vehicle Expo 2019 baharu sahaja membuka tirai bertempat di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC). 

Terdiri daripada 70 buah pempamer lokal dan antarabangsa, ekspo ini memfokuskan kepada solusi masa hadapan sistem pengangkutan di Malaysia. 

Majlis perasmian disempurnakan oleh Dato' Kamarudin Jaffar, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia dan disaksikan oleh Stefan Pertz, Editor majalah Asian Trucker dan Asian Buses. 


 


Antara elemen utama yang dipamerkan sepanjang tiga hari berlangsungnya pameran ini adalah trend utama yang mempengaruhi sistem pengangkutan masa hadapan, elektromobiliti, dan juga 'Uberisation' sistem pengangkutan. 

Selain daripada pameran kenderaan komersil, MCVE 2019 juga turut membawakan seminar oleh Volvo Trucks bertajuk "The Road to Electromobility for the Malaysian Transportation Industry" dengan panel-panel daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, dan The Association of Malaysian Hauliers (AMH). 

Ekspo MCVE 2019 dibuka bermula jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam dan kemasukan adalah percuma terbuka kepada semua. 
 


Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada www.mcve.com.my

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti yang diberitakan, generasi kedua trak pikap Amarok bakal menggunakan platform daripada Ford…
Berita Global
Jika dibandingkan dengan trak biasa, anda akan dapat melihat perbezaan yang ketara di mana cermin…
Pelancaran
UD Trucks Malaysia hari ini memperkenalkan Quester baharu yang telah ditambah baik dalam rangkaian…