Beberapa sektor perniagaan telah pun dimulakan semula setelah pihak kerajaan melonggarkan beberapa peraturan bermula bulan lalu, namun kadar penjualan kenderaan terus merosot.
Namun, angka tersebut diharap bakal melonjak berdasarkan pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus untuk kenderaan pemasangan tempatan (dan 50 peratus untuk kereta CBU) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
Jumlah jualan kenderaan tahunan di Malaysia kekal pada sekitar 600,000 unit kenderaan untuk beberapa tahun kebelakangan ini, namun ia dianggarkan menurun kepada julat 400,000 unit untuk tahun ini.
Malah, jualan untuk tempoh empat bulan pertama tahun ini turut menurun 45 peratus kepada 106,600 unit.
Pengeluar tempatan seperti Proton dan Perodua, serta jenama luar seperti Toyota dan Honda telah pun memulakan semula operasi secara berperingkat sejak bulan lalu.
Sumber: Nikkei Asian Review