Malaysia bakal guna RON95-Euro 4M tahun 2020

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kerajaan bersetuju menangguhkan penggunaan petrol berkualiti tinggi yang mengikut standard bahan bakar Eropah atau RON95-Euro 4M sehingga 1 Jan 2020, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata Malaysia sepatutnya mengguna pakai petrol RON95-Euro 4M pada Disember tahun lepas.

Katanya, perkara tersebut telah dibawa kepada pengetahuan Kabinet dan mendapat persetujuan untuk ditunda penggunaannya.

“Kita telah mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat minyak untuk kita melanjutkan tempoh penggunaannya di Malaysia sehingga 2020,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan masih belum bersedia untuk melaksanakan penggunaan bahan bakar RON95-Euro 4M kerana kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan perlu menumpukan kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Namun begitu, penangguhan (penggunaan RON95-Euro 4M) tidak akan berlarutan dengan terlalu lama kerana negara terikat dengan komitmen penjanjian antarabangsa yang memerlukan kita menyumbang kepada persekitaran yang lebih sihat,” tambahnya.

— BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ia bukanlah satu model yang mampan dan saksama apabila…
Berita Domestik
"Sampai sekarang, saya tidak pernah dengar malah, tidak pernah ada perbincangan mengenainya,"…
Berita Domestik
Menurut badan pengkaji itu, jika kerajaan melaksanakan penurunan harga RON95 kepada RM 1.95 seliter…