Malaysia bakal buka pusat penyelidikan aplikasi biofuel sawit

oleh HEZERI SAMSURI|
Malaysia Automotive Institute (MAI), sebuah agensi di bawah MITI yang bertanggungjawab mengenai sektor automotif negara akan membuka sebuah pusat penyelidikan aplikasi biofuel dalam masa terdekat.

Menurut CEO MAI, Datuk Madani Sahari, Biofuel Application Research Centre (BARC) atau Pusat Penyelidikan Aplikasi Biofuel akan memberikan fokus kepada penggunaan biodiesel untuk sektor pengangkutan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Buat masa sekarang, diesel yang dijual di dalam negara sudah pun mencapai tahap B7 (7 peratus methyl ester dari kelapa sawit dan 93 peratus diesel). BARC akan mengkaji penggunaannya untuk membantu pihak kerajaan dalam penggunaan diesel B10 yang sekarang ini dalam peringkat terakhir sebelum diperkenalkan ke pasaran tempatan.

 

 

"Penggunaan biofuel adalah lebih mesra alam kerana ia lebih efisien dan memberikan kadar pelepasan asap kenderaan yang lebih bersih," terang Madani yang ditemuramah di Jakarta semalam.

MAI akan bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain seperti JPJ, Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan juga Kementerian Industri Utama sendiri.

Selain dari itu, Madani menegaskan MAI akan menjemput syarikat-syarikat pengeluar kenderaan untuk turut serta di dalam penyelidikan ini.

"Usaha ini selaras dengan Dasar Automotif Negara di mana ia akan membantu merangka standard global untuk biodiesel menggunakan minyakl sawit," sambung Madani lagi.

 

 

Buat masa ini, hanya Indonesia dan Malaysia yang menggunakan biodiesel dari sawit, sesuai dengan fakta di mana Indonesia ialah pengeluar sawit terbesar dunia, diikuti dengan Malaysia di tempat kedua.

Tahun lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan penggunaan biodiesel B10 tetapi ia tidak dilangsungkan sehingga kini. Agensi MPOB dipertugaskan untuk melakukan penyelidikan ke atas B10 tetapi mendapat tentangan dari syarikat automotif kerana bahan api B10 tidak diktiraf secara rasmi oleh mana-mana badan dan beberapa syarikat automotif.

Kritikan yang dilemparkan ialah syarikat automotif tidak terbabit di dalam ujian B10 oleh MPOB dan pengguna risau ia akan memberi efek negatif kepada enjin dan waranti kenderaan.

 

 

Pembabitan MAI adalah satu langkah positif kerana agensi MITI itu arif akan keperluan industri automotif dan MAI sendiri baru memeterai perjanjian persetujuan untuk melakukan kerjasama dengan Institut Otomotif Indonesia (IOI).

Bidang biofuel ialah antara agenda kerjasama yang akan dilakukan oleh MAI dan IOI dan diharapkan dengan pembabitan syarikat automotif dunia, satu standard global untuk biofuel dari minyak sawit boleh dihasilkan dalam masa terdekat.

 

 

Pasaran Asean adalah antara pasaran automotif terpenting dunia dan sekiranya Indonesia dan Malaysia bergabung, pastinya keperluan untuk menurut piawaian biofuel itu akan diambil dengan lebih serius oleh syarikat kenderaan.

Walaupun ada tentangan dari Kesatuan Eropah, namun begitu ternyata tuduhan mereka tidak berasas kerana jika dibandingkan dengan punca biofuel lain seperti kacang soya dan rapeseed, kelapa sawit memberikan pulangan yang lebih tinggi dari satu kaki persegi tanah, mengurangkan pembukaan ladang di masa hadapan.

 

sawit yield is the best

 

Kelapa sawit juga menghasilkan minyak sebagai produk utama sementara minyak hanyalah produk kedua selepas protein bagi soya dan rapeseed.

"Untuk permulaan, Malaysia akan bermula dengan B10 tetapi ini akan ditingkatkan ke B15 dan B20 pada masa hadapan. Data-data dari Indonesia akan kami gunakan kerana negara itu sudah pun memulakan operasi biodiesel B20 mereka sejak tahun 2016 lagi," kata Madani sebelum mengakhirkan temuramah.

Berita Berkenaan

Berita Global
Currently, Malaysia is already selling B7 biodiesel at the pumps for both Euro 2M diesel and Euro 5…
Berita Domestik
Menurut Presiden dan Pengerusi ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc, Edward E Graham…