Malaysia bakal ada kadar penggunaan bahan api sendiri

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Setiap spesisfikasi kenderaan yang diberikan, pasti anda akan terbaca kadar penggunaan bahan api.

Tetapi persoalannya ialah, bagaimana angka kadar itu diperolehi.

Sepuluh tahun lalu, Malaysia tidak mempunyai standard pengiraan bahan api. Syarikat automotif bebas menggunakan kadar penggunaan bahan api dari mana-mana yang mereka suka, dan secara tidak sengaja mungkin, kadar itu yang paling rendah.

Dan setiap kali kami menguji pandu kenderaan, kami gagal mencapai kadar tersebut. 

Selepas itu pihak kerajaan mengenakan syarat berwajib untuk setiap kenderaan yang melalui proses homologasi piawaian teknikal Malaysia untuk memberikan kadar penggunaan bahan api mengikut cara ujian standard antarabangsa New European Driving CycLe (NEDC).

Ujian NEDC memastikan setiap kenderan diuji penggunaan bahan api dengan cara pemanduan yang mirip gaya penggunaan dunia sebenar.  

Ia mengambil kira penggunaan bahan api pemanduan di dalam bandar, di atas lebuhraya, jalan berbukit, jalan sesak dan pelbagai lagi.

Namun begitu, ujian NEDC ialah lebih kepada cara pemanduan di Eropah. Ini tidak tepat kerana cara pemanduan, jenis jalanraya, suhu dan cuaca tidak sama dengan benua lain.

Kerana itu, Eropah, Korea Selatan, India dan Jepun bersetuju untuk meminta industri automotif mengubah kepada cara ujian WLTC (World Wide Harmonised Light Duty Test Cycle).

Asean pula akan mengikut langkah tersebut mulai tahun hadapan.  

Oleh kerana Malaysia memberikan insentif cukai di bawah skim EEV (Energy Efficient Vehicle), adalah sangat penting untuk kita mempunyai kadar penggunaan bahan api yang sangat tepat dan relevan dengan pengguna Malaysia.

Malaysia Automotive Institute (MAI) mengambil keputusan untuk memulakan langkah menghasilkan formula kiraan penggunaan bahan api khusus untuk negara.

 

 

Menurut CEO MAI, Datuk Madani Sahari, projek ini dibantu oleh 27 pakar-pakar dari pelbagai agensi kerajaan yang lain dan juga institusi pendidikan tinggi dan sektor swasta.

Madani menerangkan konsep MDC itu semasa persidangan Global Fuel Economy Initiatives yang berlangsung di Kuching, Sarawak. Ia menyaksikan wakil-wakil dari pelbagai agensi kerajaan dari seluruh dunia duduk dan berkongsi idea dalam usaha menurunkan kadar pencemaran dari kenderaan di negara masing-masing.

Selain dari MAI, antara yang terbabit ialah MITI, JKR, JPJ, Perodua, Proton, SAE Malaysia, UniMAP, UTM, UiTM dan UPM. Kajian dan pemilihan jalanraya dilakukan untuk mencari cara penggunaan kenderan oleh pemandu tempatan.

Hasil kajian ini akan dijadikan piawaian untuk digunakan bila ujian penggunaan bahan api kenderaan di dalam makmal dilakukan.

 

 

Ujian Malaysia Driving Cycle (MDC) ini masih termaktub di bawah undang-undang UN ECE Regulation 101 dan akan digunaan kelak untuk pengiraan status EEV kenderaan.

Homologasi kenderaan baharu pula akan kekal menggunakan standard piawaian WLTC tetapi jika syarikat kenderaan mahu meminta penarafan EEV untuk produk mereka, ia perlu menjalankan ujian MDC pula.

Selepas dua syarikat kereta nasional, menara kembar tertinggi dunia dan sistem terowong tercanggih, Malaysia akhirnya mempunyai cara ujian penggunaan minyak yang lebih bermakna kepada pengguna tempatan.

Kali ini, Malaysia ialah negara Asean pertama yang mahu melakukan ujian standard pengiraan bahan apinya sendiri dan kita berharap Thailand dan Indonesia serta negara-negara Asean yang lain akan turut mempunyai standard masing-masing untuk melihat samada patut atau tidak Asean mempunyai standard untuk rantau ini.

Asean untuk orang Asean. Jangan kita jadi pembeli sahaja. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penjenamaan semula ini bertujuan untuk menjadikan MARii sebagai organisasi strategik dalam usaha…
Berita Domestik
Memorandum perjanjian tersebut telah disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri…
Uncategorized
Anugerah Kereta Tahunan Malaysia Automotive Industry (Car Of The Year MAI) yang bakal berlangsung…