

XMAX 2025 tampil dengan rekaan luaran lebih anggun dan maskulin, disempurnakan dengan ciri-ciri moden seperti:
-
Electronic Adjustable Windscreen – memberi perlindungan angin yang boleh disesuaikan mengikut kehendak penunggang
-
Paparan instrumen TFT-LCD penuh berwarna – untuk maklumat kenderaan yang jelas dan moden
-
Emergency Stop Signal (ESS) – ciri keselamatan tambahan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain semasa membrek secara mengejut
-
USB Type-C pengecas pantas – sesuai untuk mengekalkan sambungan peranti ketika menunggang


Ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik – Icon Red dan Ceramic Grey, model skuter premium ini dijual pada harga cadangan RM24,888.00 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans). Ia akan mula berada di bilik pameran pengedar Yamaha seluruh negara pada hujung Mei 2025.
Pelancaran XMAX ini membuktikan komitmen HLYM dalam membawakan teknologi moden dan keselesaan tunggangan kepada penunggang Malaysia tanpa menjejaskan nilai dan prestasi.


Maklumat lanjut: https://www.yamaha-motor.com.my
Artikel ini disediakan oleh Careta.my sebagai liputan khas dari MAEPS Serdang.
