Dengan lebih 70 pelancaran kereta, motosikal dan teknologi automotif terkini, MAS 2025 bakal menjadi pentas utama kepada pelbagai jenama dan inovasi, dari kenderaan elektrik generasi baharu (EV), sistem kereta terhubung (connected car), hinggalah teknologi automotif lestari.
Daya Tarikan dan Aktiviti Menarik MAS 2025:
-
Trek Uji Pandu Sepanjang 5 Kilometer: Lebih 50 model kenderaan boleh diuji secara percuma termasuk kereta, motosikal dan 4x4.
-
Termasuk trek khas untuk sistem ADAS, kamera undur, dan selekoh beraras.
-
Ujian motosikal dengan laluan mendaki/turun dan zon kelincahan baharu.
-
Laluan off-road 4x4 dengan 9 halangan seperti hill descent, rock crawl, water wading, dan axle twister.
-
-
Zon Khas dalam dewan pameran 50,000 meter persegi:
-
Model pemenang Malaysia Car of the Year.
-
Kenderaan baharu, motosikal, dan aksesori automotif.
-
-
Program & Aktiviti Pelbagai Lapisan:
-
Car Modified Showcase, Motorsport Showcase dan perhimpunan komuniti kereta & motosikal.
-
Hari Kerjaya & Pendidikan Automotif untuk pelajar dan pencari kerja.
-
Hari Wanita khas untuk menghargai sumbangan wanita dalam pemanduan dan sukan permotoran.
-
Sesi perkongsian bersama tokoh seperti Jazeman Jaafar, Anita Yusof, serta Sharina dan Afifah Richie.
-
Pertunjukan cahaya Tesla Light Show terbesar di Malaysia.
-
ASEAN Intervarsity Debate tentang masa depan mobiliti serantau.
-
Konsert Rentak Elektrik dibawakan oleh BYD.
-
Cabutan bertuah termasuk peluang memenangi kenderaan baharu.
-
Platform ASEAN dan Masa Depan Mobiliti
Sebagai tuan rumah Pengerusi ASEAN 2025, MAS 2025 turut dijadikan platform strategik untuk mempamerkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh kerjasama serantau, inovasi dan kelestarian mobiliti.
Untuk tiket dan maklumat lanjut, layari: www.autoshow.my