Malaysia Autoshow 2023 - Pameran automotif terbesar bertemakan "Mobility Redefined" oleh MARii

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah kali terakhir dianjurkan pada 2019, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) hari ini telah merasmikan pelancaran pameran automotif terbesarnya iaitu Malaysia Autoshow 2023.

Edisi 2023 itu akan dibuka kepada orang ramai bermula 4 hingga 7 Mei 2023, yang akan diadakan bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Mencapai edisi keenam nya, pameran yang bertemakan "Mobility Redefined" itu akan menampilkan pelbagai kenderaan terbaharu dalam pasaran, yang membawakan kemajuan teknologi, keselamatan dan keselesaan untuk pasaran tempatan.

Pameran automotif terbesar, Malaysia Autoshow 2023 itu telah dirasmikan oleh Pengerusi MARii, Datuk Phang Ah Tong'

 

2

 

Datuk Phang Ah Tong berkata, "Malaysia Autoshow adalah di antara pameran yang membuka peluang bagi pemain industri untuk berinteraksi secara langsung dengan orang ramai,"

"Bagi menonjolkan selok-belok, elemen-elemen di sebalik tabir dan insan yang merekabentuk serta membina kenderaan yang membawa orang tersayang kita setiap hari."

"Anda berpeluang melihat teknologi dan perkembangan terbaru di dalam industri automotif, dari kenderaan elektrik dan kenderaan berautonomi, kepada kemajuan di dalam keselematan dan kecekapan tenaga,"

"Industri automotif kini giat membuat kenderaan yang bukan sahaja lebih mesera alam, tetapi lebih selamat dan lebih menyeronokkan untuk dipandu."

 

3

 

Selain pameran utama Malaysia Autoshow 2023, ia turut akan menampilkan pameran tambahan baharu iaitu Malaysia Bike Show, Malaysia EV Show dan Charged.

Pameran utamanya, Malaysia Autoshow 2023 akan bertempat di Dewan A dimana ia menampilkan lebih 100 model kenderaan terbaru, termasuk Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Untuk tambahan terbarunya, Malaysia Bike Show akan bertempat di Dewan B dimana ia menampilkan pelbagai motosikal dari pelbagai jenis kategori.

Manakala dua lagi pameran tambahan ialah Malaysia EV Show dan Charged akan bertempat di Dewan C, dimana ia menampilkan pelbagai model BEV, PHEV, dan FCEV di pasaran Malaysia, termasuk pelbagai aksesori pengecasan.

 

4

 

Selain dapat melihat pameran, Malaysia Autoshow 2023 juga akan membawakan pelbagai aktiviti menarik yang akan memenuhi kawasan MAEPS.

Tahun ini juga, pengunjung berpeluang untuk memenangi sebuah Perodua Alza melalui peraduan yang diadakan pada pameran tersebut, dimana Perodua merupakan penaja utama bagi Malaysia Autoshow 2023 .

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
WMoto Gemma 125 dikuasakan oleh enjin 117.3 cc, enjin tersebut menggunakan roller rocker 13…
Pelancaran Motosikal
XO Papio dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api…
Berita Domestik
Mforce kini dilantik sebagai pengedar eksklusif bagi memasarkan motosikal elektrik (EV) jenama…