Malaysia Autoshow 2023 - MINI Electric Resolute Edition didedahkan, 2 warna baru, 90 unit terhad, RM205,834

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BMW Group Malaysia telah mendedahkan model EV MINI Electric Resolute Edition bertempat di pameran Hall A (premium) MAEPS bagi menandakan penawaran 90 unit terhad untuk tahun 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Membezakannya dari MINI Eletric biasa, Resolute Edition menampilkan lingkaran lampu hadapan, gril radiator dan lampu belakang, ketutup sisi pada panel sisi hadapan serta hendal pintu dan but dengan kemasan Resolute Bronze.

 

2

 

Manakala lingkaran cermin hadapan pada bahagian dasar, termasuk kerangka bahagian dalam komponen gril radiator, logo jenama dan inskripsi model mendapat kemasan Piano Black.

Di samping penawaran warna Rebel Green, MINI Electric Resolute Edition kini hadir dengan dua warna baharu iaitu Enigmatic Black dan Nanuq White.

 

3

 

Selain itu, ia turut didatangkan dengan ciri eksklusif seperti Waistline Finisher dalam rona hitam, serta set roda aloi Electric Collection Spoke 17 inci

Pada bahagian dalam, ia dilengkapi dengan kerusi dalam kemasan Kain/Kulit dengan upholsteri Black Pearl Light Chequered, serta material bumbung berwarna antrasit dengan peletak tangan dan kusyen lutut berwarna hitam.

 

4

 

Dari segi kuasa, tiada perubahan berbanding sebelum ini, dimana ia dikuasakan oleh motor elektrik tunggal pada roda hadapan, dipadankan dengan bateri litium ion 32.6 kWj, yang menghasilkan 181 HP dan 270 Nm, dengan jarak gerak 232 km.

Dari segi pengecasan, MINI Electric Resolute Edition turut menyokong pengecasan AC 11 kW, dan pengecasan pantas DC 50 kW yang membolehkan cas 10 hingga 80 peratus dalam 36 minit sahaja.

 

5

 

Ditawarkan pada harga RM205,834, ia didatangkan dengan jaminan standard 2 tahun, manakala pilihan pakej lanjutan 4 tahun dan servis pada harga RM211,164.

Ia juga didatangkan dengan jaminan 8 tahun atau 100,000 km untuk bateri, serta jaminan 5 tahun untuk bantuan tepi jalan.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
WMoto Gemma 125 dikuasakan oleh enjin 117.3 cc, enjin tersebut menggunakan roller rocker 13…
Pelancaran Motosikal
XO Papio dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api…
Berita Domestik
Mforce kini dilantik sebagai pengedar eksklusif bagi memasarkan motosikal elektrik (EV) jenama…