Malaysia Autoshow 2023 – Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe 63 S E Performance, dari RM2.09 juta

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Malaysia Autoshow 2023, Mercedes-Benz Malaysia hari ini melancarkan sedan coupe Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe 63 SE Performance untuk pasaran tempatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ia dikuasakan oleh nadi bentangan V8 4.0 liter bi-turbo (639 hp @ 5,500-6,500 rpm, 900 Nm @ 2,500-4,500) dengan bantuan motor elektrik 150 kW/320 Nm, pek bateri berprestasi tinggi, transmisi AMG SPEEDSHIFT sembilan nisbah kelajuan, serta sistem pacuan semua roda 4MATIC+.
 

AMG GT


Gandingan sistem ini berupaya menjana kuasa setinggi 843 hp dan daya kilas lebih 1,400 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 2.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 316 km/j.

Aspek pemanduan turut dibantu dengan sistem suspensi adaptif AMG RIDE CONTROL+, program pemanduan AMG DYNAMIC SELECT (dari mod Comfort hinggalah Sport+), serta sistem kawalan dinamik pemanduan AMG DYNAMICS yang mampu mengawal ESP, sistem pacuan semua roda dan pembeza gelincir terhad kawalan elektronik.
 

AMG GY


Rupa paras sedan coupe ini disumbangkan dengan penampilan AMG Night Package dan AMG Night Package II, AMG Aerodynamics Package, AMG Exterior Carbon Package, diikuti dengan rim tempa AMG bersaiz 21 inci.

Ciri yang terdapat pada ruang kabin termasuklah tempat duduk AMG Performance balutan kulit nappa eksklusif, trim karbon AMG, roda stereng AMG Performance balutan kulit nappa dan mikrofiber, sistem pencahayaan ambien, kawalan iklim automatik, pengecasan peranti pintar tanpa wayar, serta kemasan ambang pintu AMG beriluminasi.
 

AMG


Dari segi keselamatan, Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe 63 S E Performance ini membawakan ciri seperti Driving Assistance Package, Active Distance Assist, Active Steering Assist, AMG Track Pace, Active Parking Assist, sistem kamera 360 darjah, serta perlindungan GUARD 360 darjah.

Harga jualan Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe 63 S E Performance ini bermula dari RM2,088,888 atas jalan tanpa insurans.