Malaysia Autoshow 2023 kembali gegarkan MAEPS 4-7 Mei ini

oleh Mohamad Hanif|
Setelah tiga tahun menyepi akibat wabak pandemik COVID-19, acara pameran kenderaan Malaysia Autoshow akan kembali menggegarkan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara pameran edisi keenam itu dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bermula 4 hingga 7 Mei 2023 dengan membawakan tema 'Mobiliti yang Ditakrifkan Semula' (Mobility Redefined).

Ia bukan sahaja menampilkan pameran kenderaan yang terkini, ia juga turut meluaskan skop pameran yang merangkumi pelbagai teknologi penting terutama dari segi kesedaran terhadap aspek keselamatan kenderaan serta operasi mobiliti di dalam dunia digital.

Selain itu, Malaysia Autoshow 2023 akan menampilkan penambahan dua segmen baharu, iaitu Malaysia Bike Show yang memfokuskan kepada gaya hidup kenderaan beroda dua, dan Malaysia EV Show & Charged yang akan memberikan tumpuan kepada pelbagai jenis kenderaan elektrik, teknologi pengecasan, aksesori dan aplikasi digital yang menjadi sebahagian daripada ekosistem EV.

Terdapat juga sesi pandu uji disediakan di laluan ujian sepanjang tiga km, selain menyediakan ruang untuk para pengunjung mendapatkan info berkenaan ciri-ciri teknologi kenderaan dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan dalam ruang pameran seluas 30,000 meter persegi itu.

Menurut pengerusi MARii, Datuk Phang Ah Tong berkata, "Acara pameran Malaysia Autoshow 2023 merupakan bukti kepada pertumbuhan pelbagai jenis pilihan yang tersedia kepada pengguna, selain menjadi pemangkin kepada kemajuan pembangunan kenderaan elektrik di Malaysia.

"Ia adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk menyokong dan memudahkan pemain industri tempatan dan antarabangsa dalam membangunkan industri EV di Malaysia.

"Lebih penting, ia menandakan komitmen kerajaan untuk mempamerkan penyelesaian mobiliti yang semakin meningkat dari segi kecekapan penggunaan bahan api dan selamat, selari dengan Dasar Automotif Negara 2020," jelasnya lagi.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
WMoto Gemma 125 dikuasakan oleh enjin 117.3 cc, enjin tersebut menggunakan roller rocker 13…
Pelancaran Motosikal
XO Papio dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api…
Berita Domestik
Mforce kini dilantik sebagai pengedar eksklusif bagi memasarkan motosikal elektrik (EV) jenama…